Friday, December 10, 2010

Food Lagi

It has been quite sometimes I didnt bake.. senyap sunyi almari baking saya..
Kesiaaaan...

Orang dah tanya bila nak start balik.. orders are in, tapi saya masih belum get the momentum.. uarrgghh..

tapi saya gagahi jua, buat marble cake 9 buku sahaja, lepaskan orang punya order, itupun sebab ada orang pregnant teringin.. saya buat lebih sikit..

brought to the office, baru turun kereta, kawan sebelah parking saya dah tanya..

amik satu, dalam lift sahaja, i managed to sell 4 already.

hehehe.. Alhamdulillah


Ini response untuk kek marble ituew.. melalui email :
"Subhanallah!
Kak, sedap betol kek marble ni! baru letak kat lidah blm smpai tekak dah bau n terasa kesedapannya, masya Allah"


Ini kek oren saya..
Response yg saya terima selain ahli keluarga sendiri yang kena paksa-rela cakap
'good, niceee....' (itu Muhsin tu..) hehehe
"Sedap, tapi kalau moistkan sikit lagi sedap"
Baik, terima kasih. Akan ku cuba lagi.. Insya Allah.
Ini Laksa Penang. En B yg teringin sangat.. dah 2/3 hari sebelum tu dia dok sebut..
dia komen, kuah laksa saya tu kurang asam betul
.. memang betul-betul kurang asam..
kurang assaaaam punya kuah laksa.. (komen saya pula)
hehehe..
dapat terima teguran itu (walaupun geram ada sikit)
saya tambah juta-juta asam keping pastu, alter balik..
pastu baru dia makan tambah-tambah.
hhhmm.. memang yg sebelum tu kurang asam.
alasan paling 'gerek' untuk selamatkan diri saya : saya bukan orang Penang.

***

Ini soto..


Laaa.. tertinggal la pulak si suun goreng..

(patut la nampak togel jek..)

Bayam masak air.. favourite anak2..


Telur masak lemak

Hah, yg ni sardin.. yg ni my 'killer' lauk..
Nak try?

Sodap, simple and leh gemukkan badan. :o)

RESEPInya :

1 tin ikan sardine
3 buku bawang merah – separuh racik, separuh potong bulat
3 ulas bawang putih - racik
Cili merah + hijau
¾ mug air asam jawa (1/2 genggam asam + air)
Cili merah / hijau (potong serong)
Garam, perasa (jika perlu)


Cara2:

Asingkan ikan sardine dalam tin dari sosnya, sos ketepikan (nak pakai kemudian)

Goreng ikan sardine dalam minyak sederhana banyak, tutup kuali sebab ikan akan meletup2

Balik2kan ikan sardine yg digoreng (hati-hati), tutup lagi kuali

Bila ikan agak2 garing (jangan sampai hangus), angkat ikan & ketepikan.

Tumis sedikit bawang merah + bawang putih yg diracik halus (tinggalkan sedikit bawang merah yg dipotong bulat)

Masuk sos sardine dalam minyak lebihan goreng ikan tadi.

Masukkan air asam jawa, masuk bawang merah potong bulat, masukkan cili merah + hijau

Masuk garam, gula sikit, perasa (jika ada)

Masak hingga agak pekat.. tambah air kalau terlebih pekat..

Masukkan ikan sardine yg dah digoreng tadi, kacau sikit-sikit agar sardine tak hancur dalam lauk
Tunggu hingga agak pekat.

Nota : yg buat hitam sikit tu, adalah minyak lebihan goreng sardine tu.. kalau nak gelap lagi, masuk la sikit (sikit sahaja) kicap..

disclaimer : jangan salahkan saya kalau tambah nasi banyak kali yek..


meh, salam semut sikit. bye!

1 comment:

  1. kak..ubi rebus cicah sambl tumis ikn bilis x nk jual kt opis ke? hehehe

    ReplyDelete