26 March - Saturday
No electric and water supply untuk kawasan Senai. Kami sekeluarga awal2 pagi lagi dah plan nak spend masa kat luar, we went to Plaza Kotaraya. B cari Baju Kurung Teluk Belanga (sebelum tu dia selalu kata Baju Kurung Teluk Belanga tak cantik for guys.. iye ler, dia bukan orang Johor) for wedding dinner yang akan ada kehadiran Sultan & Sultanah Johor malam tu. (Paksa-rela kena beli dan pakai.. hehehe) Malam tu, we went for that dinner, full of protocols and almost everybody around us was Tok-Tok, Tin-Tin.. kita nak amik gambo sekeliling pun rasa cam ackward jek.. (ye la, Tin-Tin mana pegang camera amik gambo sana, amik gambo sini). Nak makan, beradab sungguh.. budak yang cedokkan nasi tu, sangat la beradab.. cedok sikit-sikit, bongkok lagi.. cedok lagi, bongkok lagi.. alahai, calon menantu melayu terakhir..! Oh, saya sendiri pun sangat tertib, ok? Tudung Siti lagi. Hehehe.. (no photo masa mamam sopan, Tin-Tin mana pegang camera ok?) hahaha..
27 March - Ahad
Pagi-pagi lagi dah gi PTP, kemas kotak. Angkut bawak balik mana yang patut. Selesai. Sedih. Pas ni dah tak kerja lagi. Pas ni saya jadi suri-rumah-tangga. Oh (tak tau apa perasaan sebenar). Pukul 6.30ptg, terima call dari cousin (Abdullah Aziz) kata Pak Busu nazak. 7.00 malam, received call from Mak, Pak Busu meninggal. Around 10pm, bertolak ke KL.
28 March - Isnin (KL)
Jenazah dikebumikan di Gombak Setia. Then, off we met Ibrahim for lunch. Dah besar anak bujang tu, berdikari di tempat orang. Met B's bro, Zainal & wife kat Langat then baru balik ke JB. Sampai kat Johor dah malam.. penatnya.
29 March - Selasa
Hari pertama sebagai surirumah. So ackward in the morning, nak tengok TV - rasa bersalah, as if I gotta catch time for something else. Tengok facebook, again.. rasa bersalah - cam curi masa orang gitu.. hehehe.. I took pen and have to plan my first day.. macamana nak buat ni.. hehehe.. gulabah (gelabah) gitu pulaknyer.. After planning, saya masih lagi kaget dengan status baru tu, gi depan.. gi belakang.. aduh, kat mana nak start dulu ni.. tup2, dapat call dari someone from Singapore, nak choc cake, 10 buku, boleh tunggu sampai siap.. Hah, saya kena buat ni. Bila tau kena buat, terus semangat pukal datang.. hehehe.. wah, tetiba saya jadi terlenting-lenting gitu. Memang hari pertama jadi surirumah couldnt be spoilt by slumpness. Karang forever-ever jadi cam tu. By now (4.00pm), 12 buku kek pun dah siap, tunggu choc fudge coating. Pukul 6 pick-up. Yeh. Saya nak buat kek marble pulak sekarang. Gitu lah, kalau dah ada momentum, jalan terus pun tak takpe. Cuba kalau tak, hmmm.. jenuh, paksa-paksa diri pun tak dapek do.. hehehe..
Till then.. semangat lenting-lenting nih.. hehehe
Ini post selepas.. 3 x 4 = 12 packs.