Thursday, September 29, 2011

Sekadar Coretan

Orang kata bila dah kerja, best la.. sebab boleh bangun lambat, boleh relax-relax.. takyah kejar-kejar nak gi kerja pagi.. hehehe.. takat tu jek?

Talking from my own experience, bila dah tak kerja tu.. I coudnt afford to have time of my own (walaupun sebenarnya boleh dan sangat available). Sebabnya, I have to work my mind and body to earn money. Satu, sebab saya dah biasa kerja dan dah biasa ada duit sendiri. Ada, saya beli. Takde, saya dok dendiam dan pasang angan-angan je. :o) As for me, the reason I quit before were merely because of kids, family and baking for business. Now, business is expanding (Alhamdulillah) and the whole family is involved. *syukur pada Allah*

What I am trying to highlight here is that, the mindset is now changed. Dulu, masa kerja bila cuti tu rasa 'bestnyer gitu dapat dok umah kan, leh relax-relax..' tapi sekarang, hmm.. bila dah dok rumah (yang sebenarnya hari-hari adalah hari cuti. *senyum rata*) saya rasa tak produktif kalau saya tak buat apa-apa yang boleh earn money for the day. Kepala ni ligat je fikir, what else.. apo laie nak buek ni. Bila tak sihat pun, rasa nak baring tu leh digantikan dengan rasa, what's next? hehehe.. (Ni tengah tulis blog pun, rasa bersalah tau.. jap-jap tengok jam.. budget 1/2 jam jek ngadap) ^_^

Betul, it's all a different set of mentality now. Kerja, kerja, kerja. :o) Tapi tu la, 'kerja' here means your passion yang boleh generate income. Like myself, baking. Jadi, i enjoy baking and at the same earn good money. Kira cam passive income la cam tu. Tak ok ke? OK kan? Alhamdulillah.

Chop.. tapi.. tapi.. tapi.. (sengaja repeat TAPI) tak semua manis dan best je kan.. ada satu ketika tu, mentang-mentang la saya minat baking gitu, saya terima je order selagi ada jenis kek untuk satu malam tu.. and saya sehabis beriye la nak settlekan semua order.. pastu, I slept at 4.30am and jadi 'vertigo' the next siang. You know what, I feel lousy one whole day and I started to feel so tired and sampai saya 'marah' and asked my husband, 'Why do I have to do all these?'. Know what, my husband asked me back 'Why do you have to do all those?'. Dalam (walaupun) geram, saya terfikir jugak. Memang sapa yang suruh saya buat, sampai cam tu sekali kot iye pun.. (hehehe.. hari ni leh la gelak).

Then he said, '..walaupun ini minat you.. you should do it smart and wisely. For things that taxing time, cut out. You should concentrate more on the major product. Focus and be specialist.'

Know what, saya terus terfikir 'la hai.. apasal la otak ni tak terfikir pun cam tu?'.. sesuka hati je saya nak gi lepas geram kat dia. hahaha.. *tak baik, tak baik*

I cut out thing that I think taxing my time so much. I be more specific. Doing things I enjoy and lebih selesa with. Bebetul saya rasa release after that. Now, my business is more focused. Kecuali ada permintaan personal dari ahli keluarga, kawan rapat dan saudara-mara. The rest, saya serahkan kepada rakan bakers yang lain. Not everything I can do and I want to do. I want to have a peace of mind, free from stress tapi at the same time can generate good money.

And to have that, not relax sambil bangun lambat or harapkan things to come my way. Bangun awal, itu 'rahsia' menjadi productive. Firman Allah di dalam surah al-Jumuah ayat 10:


Maksudnya:Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat”.


So, sebenarnya.. apa-apapun, memang la kena bangun pagi-pagi, tunaikan solat Subuh.. pastu bekerjalah... Takleh bangun lambat sampai tengahari. Memang rezeki susah nak masuk. So, nak relax-relax? Boleh.. tapi rezeki pun lengah-lengah nak menjengah kita. Percayalah kata-kata Allah tu. Insya Allah - lucrative opportunities will come your way.

Begitulah kiranya-kiranya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang Allah telah kurniakan dan saya percaya, semuanya bermula dari dalam dan tiada yang dapat mengubah sesuatu apapun, kecuali diri kita sendiri dengan izinNya. Insya Allah.

Signing off, dengan doa untuk rakan-rakan yang membaca ni, semoga anda semua dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, imam yang benar, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.. Amin.. Amin..

p/s: Pas ni ada yang saya nak kongsikan tentang 'Otak Tengah'. Amazing. Nanti.


Wednesday, September 28, 2011

Watch Out Neighbour!

Buku yang baru nak di-enjoy flipping tapi telah dirampas oleh Muhsin yang menyebabkan front page dia jadi cam tu..


Acewah.

Malu ahh.

Maceh Hubiby.

Insya Allah nak cuba the exotic cuisine kecuali pork satay. Euwww..


Monday, September 26, 2011

Ikrar Saya Kepada Kulit Muka Saya





Bahawasanya saya berjanji akan memakai krim malam saya pada setiap malam.

Bahawasanya saya berjanji akan menjaga kulit muka saya betul-betul, bukan lompat-lompat sampai 3/4 hari pun tak kisah.

Teruk kan dah kulit saya?

Tu la.

Memang salah saya.

Tak kisah langsung nak pakai krim malam bermalam-malam.

Takpe, lepas ni saya janji akan betul-betul jaga.

Saya nak kulit yang sihat (kembali). Insya Allah.

Ikrar tu.

Jangan memain (ingatan pada diri sendirik)

Baaaaiiikk.

Rindu ini.. :


;o)

Tuesday, September 20, 2011

Awak yang Cantik

Kat mata saya, awak la yang paling cantik tau..


c.a.n.t.i.k.n.y.e

aduyai.. kenapa la awak ni cantik sangat, huh?



Perfect Sense


Wise man says;

'SHOOT FOR THE MOON. EVEN IF YOU MISS, YOU WILL LAND AMONG THE STARS!'

Monday, September 19, 2011

Bila Dah Tak Bekerja...

1) Penampilan - Abaya je. Tudung sarung je. Sandal je.

.. Jadi sangat simple, no more heels, no more maxi, no more tudung manik-manik brooch segala, no more handbag macam document bag, etc. Sekarang, saya pakai tudung sarung je. Tudung (yang pada mulanya saya bebetul ada masalah nak pakai, memacam alasan ler.. muka tembam la, nampak bulat la, ketat kat bawah dagu la, nak tercekik la.. hehehe). Sekarang, hmm.. cecepat capai mana yang dapat.. jalan! Ooo.. betapa ringkas dan sempoinya saya sekarang. (Tapi, tetap curik masa untuk eyeliner and mascara ok?) hehehe.. cuma kekadang rasa rendah diri dengan orang-orang office yang glam dan bling-bling. hehehe.. ye lah, kita dah jadi surirumah gitu kan...

2) Pengurusan Masa - Baking Business

.. can spread my wings to unlimited (Insya Allah), now saya bahagi-bahagikan ikut kawasan/hari. Contoh, Monday - Gelang Patah, Tuesday - Pasir Gudang, Wednesday - JB.. cam tu la adanya...


3) Masa luang saya - TV

tapi...

.. balik-balik saya tengok Dibo the Gift Dragon, Handy Manny, Angelina Ballerina, OSO the Special Agent, Pororo.. aduyai..

3) Masa luang saya - Masak

.. hmm.. yeah, memang macam ada banyak masa untuk try resepi baru, dan masak for the family. Alhamdulillah.. ada banyak jugak yang dah di-try tapi tak dapat nak amik gambo sebab tak sempat. Lepas satu, satu dalam kepala. Nampak ubi nak buat bingka, nampak jagung nak buat pengat, nampak daging kambing nak masak sup kambing, nampak daun pisang nak buat lepat.. cikonon.. pastu semua beli, then tersadai.. sebab saya pun dah tersadai.. hehehe

4) Masa luang saya - Membaca

.. ye, ada buku yg saya sempat baca, ada buku yg at a glance je baca.. alasan yang boleh saya bagi ialah, terlampau sibuk. Boleh? ^_^

5) Masa luang saya - Anak-anak

Insya Allah, i have more time with them.. syukur. Tu yang saya 'angkut' sekali anak untuk kebanyakan aktiviti saya, termasuk hantar kek, termasuk la beli barang atau pergi pasar. That's most precious. Tapi anak-anak rimas sebab kalau boleh diaorang tak mau ikut, kecuali Muhsin. hehehe..

6) Pengurusan Masa - Sangat Tenang

Yang paling saya rasa relieve ialah, (sebab ni musim raya kan...) jadi, lepas cuti raya takyah rasa berat-berat kena gi kerja dengan mood raya. hehehe..

Bukan tu je, bila anak kita tak sihat ataupun kita tak sihat, saya rasa lega tak perlu provide MC ataupun mintak annual leave and I can be at home and nurse anak2 myself.

7) Bisnes - Pengurusan Akaun

Aduiiiii.. part ni yang paling saya lemah sekali. Tolonggggggg....




Khalifah Kami







Saturday, September 17, 2011

Sharing is Caring

Ini petikan dari Alumni Dr Azizan FB just recently yang saya rasa sangat berguna untuk disharekan kepada kawan-kawan yang lain juga :

"Banyakkanlah tindakan untuk memperbaiki diri kita, berniagalah secara serius sehingga kaya & berjaya dan menyumbang kpd mrk yg perlukan. Kurangkanlah bercakap dan bertelagah tentang perselisihan politik. Hentikanlah bercakap negatif, berfikiran negatif dan dengki, khianat dengan kejayaan orang lain dan Mulakanlah berfikiran besar dan bersangka baik! -DAO-"


Dia yang Kaya

Dalam hidup, apa yang paling penting agaknya?

Some people say money. Some people say happiness. Some people say family. Some people say iman dan taqwa. To some people, pride is the most important.

Talking about pride of course la pada saya itu sangat keduniaan. Bila sebut dunia, 'kekayaan', 'kesenangan', 'kecantikan', 'pandai', 'hebat'.. itu semua jadi paling utama.

Menilai sesuatu melalui harta dan cantik dunia, to be truth, I'm scared dengan pandangan yang macam ni. Berkawan dan bersaudara kerana 'kehebatan dunia', saya rasa golongan ni dah banyak tersasar. Kesian. Hanya itu sahaja ke sandaran kehidupan?

Jujur, saya sangat simpati dengan few golongan yang sangat 'eksyen' dengan kehidupan. Niat sangat jelas mempamerkan kehebatan duniawi. Betul la, mungkin pada ketika ini kamu ada yang itu, pamerkan. No problem, tapi jangan la disertai dengan kata-kata yang bernada 'sangat berkuasa'. Sebab, yang sangat berkuasa itu ialah Allah. Dan, kalau betul pun you're born in a silver spoon, dan kuasa sentiasa di tanganmu atau laluan 'hijau' sentiasa berpihak kepadamu, ingatlah, itu mungkin Istidraj. Ingat Allah. It's not yours forever. Dunia kan hanya pinjaman. Yang kekal abadi kan zaman akhirat. Mungkin ada yang lupa, ada 2 tempat kita. Dunia dan akhirat. Sebab tu dia eksyen kat dunia, forgetting there is another life thereafter. Mungkin tak terlupa, tapi ambik kesempatan dunia. Sementara ber'ada', so boleh la eksyen. Gitu.

Itu bagi orang-orang yang ber'ada'. Bagi golongan yang tidak pula, kayakan dirimu dengan adab. Bukan perlu tunduk hormat hingga hampir sujud ke kaki, tapi memadailah dengan pertuturan yang menghormati orang lain.

Cemana nak dapat perasaan-perasaan baik ni? Hati. Dari niat baik. Dari rasa rendah diri sebagai hambaNya. Kita kan manusia. Kerdil jek. Nothing. Yang baik-baik ni kan datang dari Allah. Rasa bersyukur sebab Allah beri pada kita. Kita dapat dari Allah. Kalau Dia tak bagi rahmat Dia, you think you'll get semua yang best-best tu? Hati mesti sentiasa rasa bersyukur kepadaNya. Dan selalu percaya bahawa yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk tu datang dari kita sendiri.

Bersyukurlah kepada Allah kerana the key secret to richness dalam diri mahupun luaran adalah the law of gratitude. Orang selalu ingat dia kaya bila dia banyak duit. Orang selalu ingat, dia kaya bila rumah dia besar. Orang selalu ingat, dia kaya bila kereta dia besar. Itu je ke? Sangat keduniaan kan?

Kaya tu apa? Mungkin pemahaman dan penerimaan 'kaya' tu berbeza-beza di antara satu sama lain.

Dari apa yang saya tahu dan boleh sharekan, ada 12 kekayaan hidup, iaitu :

1) Positive mental attitude - sentiasa bersangka baik
2) Tahap kesihatan yang baik
3) Hubungan yang harmoni
4) Bebas dari ketakutan
5) Dia punya banyak hope of achievement
6) Dia kaya dengan kepercayaan kepada Rukun Iman
7) Dia kaya dengan his willingness to share his blessing with others
8) Dia yang kaya dengan kasih sayang dan hormat
9) Dia terbuka untuk belajar dan mengetahui sesuatu yang baru
10) Dia yang kaya dengan disiplin diri
11) Ability dia untuk memahami orang lain
12) Dia tahu apa nilai yang dia ada..


Itu baru kaya. Jadi, bukan rumah besar, bukan duit banyak, bukan rupa paras, bukan kereta besar atau banyak jadi ukuran.. when you have all these 12 richness, you've got all kekayaan dalam dunia dan akhirat juga, Insya Allah.

Jadi, belum kaya kalau hanya ada kereta lebih dari 3. Belum cukup kaya kalau takde perasaan kasih sayang dan hormat. Dan, belum kaya kalau tak mau share your blessing with others.

So, takpayah la nak eksyen-eksyen dan mengukur semuanya dari luaran sahaja. Belum cukup beb. ^_^

OK, maaf panjang celoteh hari ni. Semoga bermanfaat. Till then.. signing off dengan rendah diri dan rasa hormat.. sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari kelemahan diri saya sendiri.


Friday, September 16, 2011

Selamat Sudah...

(enjoy dulu gambar berries yang saya amik pagi tadi)
^ entry yg takdo keno mengeno ngan tajuk


***
balik semula kepada tajuk yang sebenar.. hehehe

Tamat puasa 6.
Berlalu sudah UPSR.
Anak-anak dah pun gi jenjalan ikut rombongan.
Alhamdulillah.

Mak yang tak gi jenjalan, masak lauk raya dan lauk rumah.
Enjoy mamam cuti Hari Malaysia dan mamam Aidilfitri.
Bekalan air yang takde dah lebih 18 jam buatkan hati saya geram je ngan SAJ.
Ceh.

Walau bagaimanapun, semua dilalui dengan hati yang agak tenang juga
Dapat la masak lauk-ala-raya dan dinikmati oleh almost 10 keluarga yang berziarah raya.

Alhamdulillah.

Tempahan dari kawan untuk abang dia yang nak balik South Afrika.
eh, salah blog.

hehehe


Monday, September 12, 2011

Menjelang UPSR

Pagi tadi, seawal 7.00 pagi dah sampai, pihak sekolah sediakan sarapan untuk
anak-anak yang nak menduduki peperiksaan UPSR

Maisarah confirmkan nombor angka giliran

Maisarah dan kawan-kawan dia
(kawan-kawan dia cool je saya tengok..)

(sorry la, auntie pun sebenarnya panic, tu yang kamera pun boleh blur,
boleh salah adjust pulak)

tengah minum

taklimat oleh guru, muka Maisarah dah macam nak nangis dah

semua beratur ikut no giliran

sebelum masuk ke dewan peperiksaan,
bersalaman dengan guru-guru, yg tudung purple tu Guru Besar,
quite a touching moment sebenarnya


selepas dia masuk dewan, air mata saya pulak bergenang.

Ibu cengeng la pulak.

Ya Allah, permudahkan dan lancarkan anak-anak kami menjawab soalan-soalan Ya Allah..

Amin.. Amin.

Then, sebilangan ibu dan bapa ke surau berdekatan, bacaan Yassin dan solat Hajat.

Pukul 9.00 saya beredar, dengan hati yang tawakkal dan berserah kepada Allah.


p/s : Marieah sekolah lain, tu yang dia takde dalam gambar tu, Ayah hantar dia, saya hantar Maisarah. Semoga semuanya berjalan lancar, Amin.. Amin..


Masih Mood Aidilfitri









Saturday, September 10, 2011

Our Humble Home




Orang Jauh

Athoallah dan Taqiuddin yang sedang bercuti dari pengajian di Yaman,
datang ke Johor and we had great time but too short. :o)

solat Isyak' berjemaah then bacaan Al-Baqarah

Itu cubaan Muhsin pada Yuyun
(masa ni dah habis solat jemaah, tengah doa)

Hmm.. Muhsin, Muhsin..
(tengah cuba pakaikan songkok dia kat kepala Nadiah)


Gambar 'dugaan' dia masa sedang bersolat pada kakak-kakak dia surelah tak dapat saya ambik, satu yang saya perasan dia tekan-tekan kepala Insyirah yang nak bangun dari sujud.
(Insyirah saf depan saya, kat belah-belah sana punya saf, ntah apa ntah cubaan dia...)

Aduyai.

Ada yang terbatal solat jemaah sebab tergelak.

Saya cepat2 tutup mata, takut terbatal sama.

Aduyai.

UPSR 2011

Our Dear Maisarah and Marieah,




*saya kecut perut*
*anak-anak tu nampak cam relax je*

***

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak-anak kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan mereka, Amin, Amin..





DO YOUR BEST, GIRLS!

OUR PRAYS ARE WITH YOU.