Saturday, September 17, 2011

Dia yang Kaya

Dalam hidup, apa yang paling penting agaknya?

Some people say money. Some people say happiness. Some people say family. Some people say iman dan taqwa. To some people, pride is the most important.

Talking about pride of course la pada saya itu sangat keduniaan. Bila sebut dunia, 'kekayaan', 'kesenangan', 'kecantikan', 'pandai', 'hebat'.. itu semua jadi paling utama.

Menilai sesuatu melalui harta dan cantik dunia, to be truth, I'm scared dengan pandangan yang macam ni. Berkawan dan bersaudara kerana 'kehebatan dunia', saya rasa golongan ni dah banyak tersasar. Kesian. Hanya itu sahaja ke sandaran kehidupan?

Jujur, saya sangat simpati dengan few golongan yang sangat 'eksyen' dengan kehidupan. Niat sangat jelas mempamerkan kehebatan duniawi. Betul la, mungkin pada ketika ini kamu ada yang itu, pamerkan. No problem, tapi jangan la disertai dengan kata-kata yang bernada 'sangat berkuasa'. Sebab, yang sangat berkuasa itu ialah Allah. Dan, kalau betul pun you're born in a silver spoon, dan kuasa sentiasa di tanganmu atau laluan 'hijau' sentiasa berpihak kepadamu, ingatlah, itu mungkin Istidraj. Ingat Allah. It's not yours forever. Dunia kan hanya pinjaman. Yang kekal abadi kan zaman akhirat. Mungkin ada yang lupa, ada 2 tempat kita. Dunia dan akhirat. Sebab tu dia eksyen kat dunia, forgetting there is another life thereafter. Mungkin tak terlupa, tapi ambik kesempatan dunia. Sementara ber'ada', so boleh la eksyen. Gitu.

Itu bagi orang-orang yang ber'ada'. Bagi golongan yang tidak pula, kayakan dirimu dengan adab. Bukan perlu tunduk hormat hingga hampir sujud ke kaki, tapi memadailah dengan pertuturan yang menghormati orang lain.

Cemana nak dapat perasaan-perasaan baik ni? Hati. Dari niat baik. Dari rasa rendah diri sebagai hambaNya. Kita kan manusia. Kerdil jek. Nothing. Yang baik-baik ni kan datang dari Allah. Rasa bersyukur sebab Allah beri pada kita. Kita dapat dari Allah. Kalau Dia tak bagi rahmat Dia, you think you'll get semua yang best-best tu? Hati mesti sentiasa rasa bersyukur kepadaNya. Dan selalu percaya bahawa yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk tu datang dari kita sendiri.

Bersyukurlah kepada Allah kerana the key secret to richness dalam diri mahupun luaran adalah the law of gratitude. Orang selalu ingat dia kaya bila dia banyak duit. Orang selalu ingat, dia kaya bila rumah dia besar. Orang selalu ingat, dia kaya bila kereta dia besar. Itu je ke? Sangat keduniaan kan?

Kaya tu apa? Mungkin pemahaman dan penerimaan 'kaya' tu berbeza-beza di antara satu sama lain.

Dari apa yang saya tahu dan boleh sharekan, ada 12 kekayaan hidup, iaitu :

1) Positive mental attitude - sentiasa bersangka baik
2) Tahap kesihatan yang baik
3) Hubungan yang harmoni
4) Bebas dari ketakutan
5) Dia punya banyak hope of achievement
6) Dia kaya dengan kepercayaan kepada Rukun Iman
7) Dia kaya dengan his willingness to share his blessing with others
8) Dia yang kaya dengan kasih sayang dan hormat
9) Dia terbuka untuk belajar dan mengetahui sesuatu yang baru
10) Dia yang kaya dengan disiplin diri
11) Ability dia untuk memahami orang lain
12) Dia tahu apa nilai yang dia ada..


Itu baru kaya. Jadi, bukan rumah besar, bukan duit banyak, bukan rupa paras, bukan kereta besar atau banyak jadi ukuran.. when you have all these 12 richness, you've got all kekayaan dalam dunia dan akhirat juga, Insya Allah.

Jadi, belum kaya kalau hanya ada kereta lebih dari 3. Belum cukup kaya kalau takde perasaan kasih sayang dan hormat. Dan, belum kaya kalau tak mau share your blessing with others.

So, takpayah la nak eksyen-eksyen dan mengukur semuanya dari luaran sahaja. Belum cukup beb. ^_^

OK, maaf panjang celoteh hari ni. Semoga bermanfaat. Till then.. signing off dengan rendah diri dan rasa hormat.. sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari kelemahan diri saya sendiri.


No comments:

Post a Comment