Monday, September 12, 2011

Menjelang UPSR

Pagi tadi, seawal 7.00 pagi dah sampai, pihak sekolah sediakan sarapan untuk
anak-anak yang nak menduduki peperiksaan UPSR

Maisarah confirmkan nombor angka giliran

Maisarah dan kawan-kawan dia
(kawan-kawan dia cool je saya tengok..)

(sorry la, auntie pun sebenarnya panic, tu yang kamera pun boleh blur,
boleh salah adjust pulak)

tengah minum

taklimat oleh guru, muka Maisarah dah macam nak nangis dah

semua beratur ikut no giliran

sebelum masuk ke dewan peperiksaan,
bersalaman dengan guru-guru, yg tudung purple tu Guru Besar,
quite a touching moment sebenarnya


selepas dia masuk dewan, air mata saya pulak bergenang.

Ibu cengeng la pulak.

Ya Allah, permudahkan dan lancarkan anak-anak kami menjawab soalan-soalan Ya Allah..

Amin.. Amin.

Then, sebilangan ibu dan bapa ke surau berdekatan, bacaan Yassin dan solat Hajat.

Pukul 9.00 saya beredar, dengan hati yang tawakkal dan berserah kepada Allah.


p/s : Marieah sekolah lain, tu yang dia takde dalam gambar tu, Ayah hantar dia, saya hantar Maisarah. Semoga semuanya berjalan lancar, Amin.. Amin..


No comments:

Post a Comment