Sunday, January 29, 2012

Pandan Ooo Pandan

Panggil la saya Kakak Seri Pandan, saya tak kisah. Saya memang suka daun pandan. Sangat suka. Sangat. Sangat. Suka. Hah, kan dah banyak kali ulang. Punya lah suka.

Semua saya nak 'pandan'kan. Air teh-O, kaswi, bilik, beg, esbok.. semua lah. Yang dah memang pandan, memang la kan.. cam kuih serimuka, bingka.. apa lagi. Kan? (tolong anggukkan kepala)

Saya amat geram kalau lalu kat rumah orang yang daun pandannya amat merimbun, seperti sangat membazir daun pandan tu hidup kat depan atau kat belakang rumah orang tu, saya rasa. (sebab tu la pokok dia merimbun).

Pokok pandan saya, (nanti saya amik gambo eh) hanya tinggal pucuk jek sokmo. Tak sempat membesar. Husband saya selalu warning, 'kasi peluang kat pokok tu hidup segar dulu boleh tak?'.. hahaha.. jawapan saya, 'tak!'. kehkehkeh. Memang saya tak senang duduk, tengok daun pandan tu terbiar tanpa dibuat apa2 oleh saya.

Saya pencinta daun pandan.

Itu kata saya. Sah-sah bagi kaum-kaum daun pandan, 'Kakak Seri Pandan itu adalah Pemusnah No 1 kaum kami. Jauhi dia!'

p/s: Kekalau la ada yang tak reti nak bagi saya hadiah (ceh, bajet cam ada orang nak bagi hadiah laaa... ~ hep, angan2 itu penting, imagination is power, ok?) tolong - tolong - tolong lah bagi saya sepasu daun pandan yang subur menghijau dengan pasu yang ada reben. Hah, reben tu takde pun takpe, janji daun pandan ada. Kang reben je besau, daun pandan takde.. tak guno juga. Hehehe

Tolong lah, hadiah kan saya. ~ ayat raih simpati umum.

Akan saya kepilkan bersama-sama ini (esok) gambo pokok daun pandan saya yang memerlukan penggantinya dan pengganti-penggantinya. Saya amat berbesar hati dan akan melompat kegembiraan apabila menerimanya. Percayalah. (Wah!)

Oh, ayat sungguh skema. Macam mintak bantuan kerajaan gitu. Kahkahkah.

Tapi serious tentang hadiah tu ye.









Tuesday, January 24, 2012

Selamat Bertunang, Niece!

Lokasi : Bangi





Semoga semuanya berjalan lancar hingga ke tarikh hakmilik mutlak, Amin.. Amin..

Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Ni.. (Kongsi Ni) :o)

Just a glimpse, my yesterday's activity.
Ini list of orders yg saya joted down hari sebelumnya




tapi bila hari Jumaat tu sendiri, bertubi-tubi call, untuk tambah order
mana yang sempat, saya tambah juga

Red Velvet (RV) especially, tetiba order masuk 15 lagi

ada yang masih saya tak dapat penuhi sebab dalam banyak tu, ada yang tenggelam ;o)

***
the finished products, untuk pickup/delivery sebelah pagi hari tu

yg ni pulak untuk sebelah petangnya

setelah selesai semua tu, kami sekeluarga bergegas pulak ke Bandar Tenggara untuk ambil Maisarah di asrama.

Hari yang fruitful dan sangat occupied till midnite.

Alhamdulillah.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

Amin.

Doaku untuk Ibu Bapa

Terima kasih kepada Hubiby yang telah mengingatkan saya tentang 'hutang' saya kepada kedua ibu-bapa saya.. apa yang di-share-kan ialah, kita akan ber'hutang' dengan kedua ibu-bapa kita selagi kita tidak mendoakan keampunan bagi mereka setiap waktu solat.

***

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah yg telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil.

Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapa kami (3kali ulang)

.. dan ampunilah dosa mereka, redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.

Ya Allah ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau hapuskan dosa-dosa mereka yg terdahulu dan kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yg dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Engkau amankan mereka pada hari Kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.

Ya Allah! Kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah! Peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.

Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari Kiamat, Jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga) di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yg telah Engkau kurniakan Nikmat."


credit to Ustazah Azimah's blog : http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2011/03/17/doa-untuk-ibu-bapa/

Wednesday, January 18, 2012

The Analytical Muhsin

Satu malam, almost midnite. I was just about nak tutup lampu untuk tidur.
Suddenly, saya terperasan deretan 'binatang buas' yang disusun selari,
in perfect order, next to next.
(kepala semua binatang boleh pulak mengadap ke sana tu.. )

Was quite amazed with the composition, I took photos of the deretan 'binatang buas'

Dia nampak saya dekat dengan deretan miniature tu, bangun dia dari tempat tidur dia..
dia siap check lagi.. mungkin dia takut saya kacau alignment tu,
eleh, macam la kita nak kacau barang dia..
dia yang roshak-kan (bahasa dia) barang kita ada lah..
hehehe

I was impressed sebenarnya.
Dont know what his thinking-likes.
A boy of 2 years and 4 months knows how to position his toys to his own perspective.

Masya Allah.
Alhamdulillah.

Monday, January 16, 2012

A New Life Begins

Terima kasih di atas doa semua.

Hari ini adalah hari pertama Maisarah ke sekolah berasrama

Semua nampak ok, teratur dan sangat menyenangkan, Insya Allah

Katil single yang selesa, cadar yang seragam,
dan penempatan 8 orang dalam satu bilik adalah sesuatu yang melegakan

Bilik mandi, ruang sinki bercermin, tandas, ruang sidai baju
yang 'attached' dengan dorm ~ Ayah kata, cam masterbedroom :o)

Locker sederet yang berkunci - bersyukur di atas kemudahan yang disediakan
(bawak selagi ada, baju sekolah boleh tertinggal.. boleh gitu?)

she looks happy and will be happier bila dah kenal kawan2 nanti, Insya Allah

Bermulanya malam baru bagi Maisarah.

Hopefully she'll be fine and enjoy herself with new friends' accompany, Insya Allah

***

Ya Allah kumohon penjagaan atas pendengaran, penglihatan, lisan,

dan hati anakku.

Ya Allah lindungilah mata anakku dari penglihatan yang buruk,

lindungilah telinga anakku dari pendengaran yang tidak baik,

lindungilah lidah dan hidung anakku dari rasa dan bau yang tidak baik,

lindungilah tangan dan kaki anakku dari perbuatan dan langkah yang jelek.

Tunjukkanlah selalu Ya Allah jalan yg benar yang Engkau redhai.

Lindungilah anakku, amanahku dari godaan syaitan dan api neraka.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin



Menuntut Ilmu Talam.. Lagi

Tuntutlah ilmu walau sampai ke .. mana-manapun.

(Saya memang nak sangat belajar seri muka berlapis.. sangat-sangat nak)

And, Alhamdulillah - finally I arrived to the one I really-really want!

(sorry takde gambo la pulak seri muka berlapis tu
sebab saya dah terlebih excited amik gambo yg lenlain tu)

Sampai ke Puchong Perdana saya sampai.
(Berapa kali 'sampai' daaa)

Chef Asma Culinary Studio

Saya amik kelas Talam Part 3

Kawan-kawan kelas yang kelas!
Best, best!







Saya terjumpa junior ITM saya kat sini,
oh betapa kecilnya dunia ini.. wah!

Sheeda and K Shelly - you've made the class merrier!

Chef Asma, you are the best!

(I have learnt Talam in one class in Johor before this, with different Chef but
dont think that was the one I can be satisfied with)

But, Chef Asma ni.. sincerely,
Saya salute dia sebab dia bagi resepi dan teknik2 yang semuanya saya rasa terbaik!!


p/s: saya dan kawan saya Azura dengan advancenya, timbang adunan, bancuh dan campurkan bahan-bahan ikut resepi, tapi rupa-rupanya kami tersalah. Chef Asma agak terkilan (geram ngan kitorang) sebab kami 'pandai-pandai' sebelum dia tunjukkan cara cemana nak campurkan bahan-bahan. Dia sebenarnya nak tunjuk teknik yang betul dan terbaik untuk dapatkan talam yang sedap dan cantik. That is how serious dan beriye serta ikhlasnya Chef Asma nak mengajar ilmu dia pada student.

Oh, I like. :o)

Terima kasih Chef, halalkan ilmu yang dah diajar ye...

Alhamdulillah.

Nota yang sepatutnya menjadi rahsia :

Nora saya lantik jadi 'lidah pengukur' kepada talam-talam yang dibawa balik tu.
Saya dan dia, berhenti di tepi jalan 2 minit selepas kami meninggalkan studio masakan Chef.
Dengan agak 'gelojoh' (tipu) <-- betul
saya dah tak sesabar nak bagi dia rasa dan nak dengar first komen dia.
Tak tau nak pilih yang mana satu, sebab ada 14 talam yang berlainan rasa semuanya.
Saya started dengan tujuan asal datang, seri muka berlapis.
First bite, dia diam sekejap. "Sedap gila" itu perkataan pertama dia.
Saya jadi lagi teruja. Pilih yang lain pulak. Oh, gelabah-gelabah.
Satu, satu, semuanya - sedap!

Next perkataan dia yang buat saya rasa sangat berbaloi,
"Alhamdulillah, tak sia-sia you are here, semuanya sedap-sedap and has its own taste yg memang sedap dan yang paling best is, studio chef tu kat dalam kawasan taman my house.."

heh. memang, rumah dia tempat saya menginap.
bila bacakan alamat, dia tersentak sekejap sebab sangat dekat.

Hoyeh. Alhamdulillah.

Allah telah make it a worth trip in my searching.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Angah (Nora) dan her (my) family
Terima kasih Marsya
Terima kasih semuanya (yg terlibat secara langsung dan tak langsung)

Hamboi. Ucapan macam jadi juara Masterchef.

^_^



Thursday, January 12, 2012

Happy Birthday our Khalifah!






Ya Allah, Ya Tuhan kami,
ampunkanlah dosa suamiku, rahmatilah dirinya,
tambahkanlah rezeki bagi dirinya dan keluarga kami, angkatkanlah darjatnya,
cukupkanlah keperluan dirinya, tambahkan kesihatannya dan lindungilah dia di dalam rahmatMu dan kasih-sayangMu selalu Ya Allah..
Amin.. Amin..

Happy birthday Hubiby!




Tuesday, January 10, 2012

Thank You, Sweet

Dear Wan Azni Yusnita (mummy)

Thank you for making time to come by, even on your busiest family programs.
Thank you for hugs, smiles, inside jokes and memories

May you follow your dreams and always believe in yourself.
Keep your eyes on the stars and hope in your heart.


Thank you for the good friendship.
(I would thank you from the bottom of my heart,
but for you, my heart has no bottom.. hehehe)


~ love

Yang Buat Kita Rasa Bahagia

Just nak share sesuatu yang mungkin pernah dibaca sebelum ni, dan terlupa lagi (saya la tu)

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir
langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki-hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Sahabat tersayang, terima kasih kerana membaca blog saya yang 'stand-alone' dan saya percaya kamu-kamulah sahabat yang terbaik dan terima kasih di atas kasih-sayang dan keikhlasan persahabatan itu. Semoga Allah memelihara kamu-kamu dengan rahmatNya dan kasih-sayangNya selalu, Insya Allah. Amin.


Sunday, January 8, 2012

Pupus - Dewa


Masa Mawi nyanyi lagu ni kat AF3 dulu, duyai...

(tetiba terkenang zaman dulu...)

tak salah kan? ^_^


Saturday, January 7, 2012

Kerang Rebus

Ada yang teringin nak makan kerang rebus kat rumah, kami beli kerang.

Rebus.

(Aik, cam-cam tu jek?) hahaha

Taklah.



cam ni..

Kerang dibersihkan
Potong bawang besar
Titikkan serai
Sedikit garam

Masukkan dalam periuk.
Masukkan semua bahan-bahan di atas.
JANGAN masukkan air.
Tutup periuk.
Hidupkan api.
Biar seketika.
Jangan risau dalam periuk kering, sebab kerang akan keluarkan air
Bila jengah, dah ada yang tersengih tu, maknanya dah masak la tu.

Hidangkan, potong limau untuk elakkan tangan dan rasa hanyir

Cicah ngan kicap + limau + bawang + cili padi


Pergh, berpeluh makan.

Simple tapi best!