Tuesday, September 25, 2012

Surat Terbuka untuk Orang Gaji Kami Yang Telah Lari Itu

Pembantu rumah dari Indonesia sekarang pandai FB, pandai Internet, pandai segala-gala, menipu apatah lagi. Berdrama - itu memang sangat terror. Satu ketika menangis macam dunia dah punah ranah, 15 minit kemudian boleh tergelak ketawa macam hantu, terlupa yang tadi tu menangis macam nak pengsan. Gila!

Jadi, bila kamu-kamu itu sudah pandai komputer-an, MAKA BACA YANG INI, jangan kamu pandai-pandai mintak orang kampung kamu di Indonesia sana telefon kami di sini tentang baki gaji kamu. Lupakah kamu hampir setiap bulan sekali atau setiap 2 bulan sekali, kamu hantar ke kampung melalui Western Union? Lupakah kamu bahawa kami masih lagi belum potong lagi uang-uang proses kamu ke sini dahulu? Lupakah kamu bahawa kamilah yang membelikan kamu macam-macam perkara sehinggakan urusan menstrual kamu pun kami yang sara, dan kami masih lagi tidak berkira apa-apa? Lupakah kamu bahawa muka kamu yang cantik, cerah dan mulus itu, siapa yang membelikan set penjagaan muka kamu? Oh ya, lupakah kamu bahawa kami selalu membelikan kamu top-up untuk kamu terus bertanya-khabar sama pacar-pacar kamu? Lupakah kamu berapa barang-barang kami yang telah kamu rosakkan dan kami tidak pernah berkira tentang itu? Lupakah kamu siapa yang membelikan telefon bimbit ibu kamu yang bermajikankan orang lain itu semata-mata untuk kamu berhubungan dan tidak merasa keseorangan? Lupakah kamu setiap perjalanan kamu yang kami bawa untuk bertemu ibu kamu mengambil masa yang berjam-jam dan perjalanan itu sendiri bukan percuma? Lupakah kamu tentang bermacam-macam lagi perkara baik yang telah berlaku di kalangan kita? Lupakah kamu bahawa kamu sendiri yang melangkah kaki keluar dan meninggalkan kami secara tiba-tiba?  Dan, yang paling hebat sekali, lupakah kamu sebab-sebab kamu melarikan diri? Bukankah kerana Allah telah menunjukkan perkara sebenarnya, kamu yang satu sedang melakukan perkara sumbang dengan kontrak elektrik kami dan telah disaksikan oleh kami dan kamu yang satu lagi, bersubahat atas setiap perbuatan kamu yang satu itu ketika kami berurusan di luar kawasan? Kerana kedua-duanya ketakutan atas apa yang bakal kami ketahui lagi malamnya, pagi keesokannya kamu berdua menghilangkan diri? Lupakah kamu bahawa kamu sendiri yang melangkah keluar atas sebab-sebab kejahatan dan kebodohan diri kamu sendiri?

Maka lupakanlah semua itu... kamu memang tergolong di dalam golongan orang-orang yang zalim.

Kami amat tidak suka mengungkit. Allah pun tidak menyukai orang yang mengungkit dan berasa diri hebat. Maafkan kami Ya Allah.

Hari ini kamu mohon orang kampung kamu telefon kami membayar gaji kamu, kerana kamu sudahpun membaca mengenai perkara kamu yang ditulis di internet. Baiklah, kamu memang orang yang bukan bodoh. Bukan anak polos sebenarnya. 

Adakah kalau kami mengira-ngira dan ternyata akhirnya kamu yang berhutang dengan kami, orang kampung kamu itu mahu membayar kami 'hutang' kamu?

Mengapa telefon ke kampung dan menceritakan yang tidak benar, seperti kamulah yang muslimah, kamulah orang baik-baik, kamulah orang suci, kamulah yang teraniaya? Adakah kamu mohon agar orang kampung kamu melihat kamilah yang aniaya kamu. Demi Allah, kamu yang pergi. Demi Allah, kami tidak pernah berniat untuk tidak membayar gaji kamu. Demi Allah, kami sangat menghargai usaha dan bantuan kamu. Lantas, kenapa kamu pergi? Kamu yang mengikut hati, hari ini kamu menyatakan sebaliknya. 

Berhentilah dari berkata-kata yang tidak benar.  Rumah kami punya CCTV. Kami boleh buka 'aib' kamu kalau kami mahu. Lagi pula, Allah Maha Mengetahui. Ingatlah. Lepas di dunia, kamu tidak akan terlepas di akhirat.

Saya benci menulis semua ini, tetapi saya masih perlu menulis, jika itu yang boleh menyampaikan mesej kepada pembantu-pembantu rumah kami  tak pernah kami anggap pembantu @ orang gaji yang telah sama bersekongkol dan lari dari rumah kami sebulan yang lepas.

Kerana kamu orang bijak yang tahu internet, tahu Facebook, maka di sinilah kita berjumpa dan sampai-menyampaikan. 

Lagi satu, di Facebook - saya tidak pernah menulis apa-apa tentang kamu wahai pembantu Indonesia. Kerana, teman-teman FB saya ada yang dari sana, dan saya tidak mahu mengundang komen-komen yang tidak baik mengenai kamu warga Indonesia yang akan dibaca oleh teman-teman Indonesia saya yang baik-baik. Saya masih mahu menjaga keharmonian dua negara. Yang jahat, bukan negara kamu. Tetapi kamu dan kamu. Dan, teruskanlah perjuangan tanpa izin kamu di tanah kami. Jika kamu baik, tentulah Allah menjaga kamu. Jika tidak, tunggulah.. masanya akan tiba jua.


Just a recap ... Another link pasal maid - awal dulu :  http://elmaisyirah.blogspot.com/2011/02/geram.html


Saturday, September 22, 2012

Tetap Mahu Juga

Ku syukuri nikmatMu ya Allah
Tetapi aku tetap juga mahu menangis... 



Wednesday, September 19, 2012

Kek Oren yang Moist dan Simple


Sesiapa yang malas nak keluarkan mixer tapi masih ada hati nak buat kek, kami ada jalan penyelesaiannya..

jeng, jeng, jeng

Kek yang sangat sempoi tapi sedap macam kek yang kena susah payah nak buat..

Resepi asas :

2 cawan tepung gandum

1 cawan minyak
1 cawan gula
1 sudu besar baking powder
2 biji telur
sedikit garam

Perasa : ikut suka, kalau ada buah oren sunkist yang ala-ala tertinggal paling last sebiji dua yang bakal menjadi masam dan merana, baik dijadikan kek..

Sodap!!



Cara-caranya cam ni :

Ambik jug blender.
Yes, blender jek.

Panaskan oven 170C.

Masukkan semua bahan2 tu, oren tadi, potongkan tengah, buang empulur dia yg warna putih tu, kalau ada biji, buang biji

Pastu potong kecil2, masukkan dalam blender bersama2 dengan bahan2 yang disebutkan di atas tadi.

Blend je.

Bila dah agak sebati, masukkan dalam loyang yang dah digriskan.

Pastu bakar pada 170C selama 40 minit.

Siap!


Lembut, wangi, moist, sedaaaaap!!

Alhamdulillah.

Sangat mudah.

Try ler, jangan tak try.





Wednesday, September 12, 2012

Rumah Kita, Jannah Kita

Saya masih lagi nak berkata tentang maid-maid saya yang dah lari tu.
Masih geram. Masih lagi rasa dizalimi.

Syukurlah, tanpa mereka, saya mampu menguruskan semuanya sendiri. Insya Allah.
Sesekali Mak dan rakan datang membantu saya dengan kerja baking saya, jika banyak tempahan.
Alhamdulillah, still can manage.


Baking area saya selepas pemergian pembantu saya, lebih clear. :oP


Dan saya rasa saya tidak lagi perlukan maid buat masa ini.
Lagilah dari negara itu.
Being with them is like being in their sinetron.
Penuh adegan.


Setakat housekeeping, we think we can do it ourselves, together.
Insya Allah.
Me coping up myself with laundry and house chores.



Cooking - my department eversince. 
So, takde terkejut-badak. :o)






Biarlah kami aman sentosa tanpa-nya, atau tanpa mereka.

Ada dua, serupa ada satu.
Ada satu, serupa tak ada.

Dah daripada tak ada, biarlah tak ada.

Rumah kita, syurga kita.
Takde time limit, takde obligation apa-apa.
Nak buat, buat. Taknak buat, biar je.

Kan...?

*geram tapi lega banyak*

Seriously, rasa lega.
Alhamdulillah.

Farewell, Sweet

11 Sept 2012 - Another ITM friend leaving us today, Mona Mansor. Sad. I love her. 






Wahai Allah, ampunilah Mona, naikkanlah darjatnya di antara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya. Amin. Her truth BFF, Tuty, Nina, Ila, Maizura - semoga tabah, my pray always be with all of you. *hugs*



Sunday, September 9, 2012

Serik

Terasa serik punya lagi pembantu rumah.
Bila banyak tempahan, terasa lelah sendiri.
Jauh di sudut hati, ada ketika rasa amat lega.
Masa mengemas, selongkar semua kabinet dan almari.
Geram sendiri.
Tak rupa macam punya 2 pembantu rumah.
Selalu fikir ada hikmahnya kenapa mereka lari.
Kami tak perlu simpan orang yang penuh rahsia suka duka.
Keluar malam sampai dinihari, yang satu perlu simpan semua rahsia.
Malam LailatulQadar, tuan rumah keluar berqiam, pembantu rumah keluar juga, tentulah bukan solat malam.
Satu ketika, mata terserempak sumbang satu dari mereka.
Dari situlah semuanya terbuka.
Esok paginya, hilang sekali dua-dua.
Yang satu tentulah dipaksa.
Wallahua'lam, kami terima walau agak berduka.
Kasihan yang satu itu, hati agak lembut dan mungkin tidak sampai hati.
Namun yang lagi satu mungkin lebih menguasai.
Tinggallah kami, cuba memahami situasi.

Berlalu 2 minggu, seperti tiada yang kembali.
Perasaan dirawat agar tidak rasa dilukai.
Cuma ada ketika kami merasa dizalimi.

Allah Maha Mengetahui.
Baik niat kamu-kamu, baiklah yang kamu-kamu dapat.

Sejauh mana tupai seberang berlari bebas di tanah ini, terserah.
Baik niat kamu-kamu, baiklah yang kamu-kamu dapat.

This is the Story

It has been almost 2 weeks since they left our house


Yes, they were happy when they were with us



We arranged her to meet her mom in Seremban every month


We pray together


I can say nothing from us that made them ran away.
Gaji? Hampir setiap 2 bulan sekali, 2-2 hantar kat kampung thru Western Union.

But, they ran away. Reason?
Boyfriends.

Full of sinetron, eh?

We have cancelled all their working permits, and have made police reports indeed.
They are illegally immigrants in our country now.
Never thought the ending is this upsetting.

Too bad, eh?

But I know, it's all fated.
We accept the fact they are now gone, it was their own choice.

End.

That's what bond us all as a family member now.
We do our house chores together.

Alhamdulillah.