Tuesday, September 25, 2012

Surat Terbuka untuk Orang Gaji Kami Yang Telah Lari Itu

Pembantu rumah dari Indonesia sekarang pandai FB, pandai Internet, pandai segala-gala, menipu apatah lagi. Berdrama - itu memang sangat terror. Satu ketika menangis macam dunia dah punah ranah, 15 minit kemudian boleh tergelak ketawa macam hantu, terlupa yang tadi tu menangis macam nak pengsan. Gila!

Jadi, bila kamu-kamu itu sudah pandai komputer-an, MAKA BACA YANG INI, jangan kamu pandai-pandai mintak orang kampung kamu di Indonesia sana telefon kami di sini tentang baki gaji kamu. Lupakah kamu hampir setiap bulan sekali atau setiap 2 bulan sekali, kamu hantar ke kampung melalui Western Union? Lupakah kamu bahawa kami masih lagi belum potong lagi uang-uang proses kamu ke sini dahulu? Lupakah kamu bahawa kamilah yang membelikan kamu macam-macam perkara sehinggakan urusan menstrual kamu pun kami yang sara, dan kami masih lagi tidak berkira apa-apa? Lupakah kamu bahawa muka kamu yang cantik, cerah dan mulus itu, siapa yang membelikan set penjagaan muka kamu? Oh ya, lupakah kamu bahawa kami selalu membelikan kamu top-up untuk kamu terus bertanya-khabar sama pacar-pacar kamu? Lupakah kamu berapa barang-barang kami yang telah kamu rosakkan dan kami tidak pernah berkira tentang itu? Lupakah kamu siapa yang membelikan telefon bimbit ibu kamu yang bermajikankan orang lain itu semata-mata untuk kamu berhubungan dan tidak merasa keseorangan? Lupakah kamu setiap perjalanan kamu yang kami bawa untuk bertemu ibu kamu mengambil masa yang berjam-jam dan perjalanan itu sendiri bukan percuma? Lupakah kamu tentang bermacam-macam lagi perkara baik yang telah berlaku di kalangan kita? Lupakah kamu bahawa kamu sendiri yang melangkah kaki keluar dan meninggalkan kami secara tiba-tiba?  Dan, yang paling hebat sekali, lupakah kamu sebab-sebab kamu melarikan diri? Bukankah kerana Allah telah menunjukkan perkara sebenarnya, kamu yang satu sedang melakukan perkara sumbang dengan kontrak elektrik kami dan telah disaksikan oleh kami dan kamu yang satu lagi, bersubahat atas setiap perbuatan kamu yang satu itu ketika kami berurusan di luar kawasan? Kerana kedua-duanya ketakutan atas apa yang bakal kami ketahui lagi malamnya, pagi keesokannya kamu berdua menghilangkan diri? Lupakah kamu bahawa kamu sendiri yang melangkah keluar atas sebab-sebab kejahatan dan kebodohan diri kamu sendiri?

Maka lupakanlah semua itu... kamu memang tergolong di dalam golongan orang-orang yang zalim.

Kami amat tidak suka mengungkit. Allah pun tidak menyukai orang yang mengungkit dan berasa diri hebat. Maafkan kami Ya Allah.

Hari ini kamu mohon orang kampung kamu telefon kami membayar gaji kamu, kerana kamu sudahpun membaca mengenai perkara kamu yang ditulis di internet. Baiklah, kamu memang orang yang bukan bodoh. Bukan anak polos sebenarnya. 

Adakah kalau kami mengira-ngira dan ternyata akhirnya kamu yang berhutang dengan kami, orang kampung kamu itu mahu membayar kami 'hutang' kamu?

Mengapa telefon ke kampung dan menceritakan yang tidak benar, seperti kamulah yang muslimah, kamulah orang baik-baik, kamulah orang suci, kamulah yang teraniaya? Adakah kamu mohon agar orang kampung kamu melihat kamilah yang aniaya kamu. Demi Allah, kamu yang pergi. Demi Allah, kami tidak pernah berniat untuk tidak membayar gaji kamu. Demi Allah, kami sangat menghargai usaha dan bantuan kamu. Lantas, kenapa kamu pergi? Kamu yang mengikut hati, hari ini kamu menyatakan sebaliknya. 

Berhentilah dari berkata-kata yang tidak benar.  Rumah kami punya CCTV. Kami boleh buka 'aib' kamu kalau kami mahu. Lagi pula, Allah Maha Mengetahui. Ingatlah. Lepas di dunia, kamu tidak akan terlepas di akhirat.

Saya benci menulis semua ini, tetapi saya masih perlu menulis, jika itu yang boleh menyampaikan mesej kepada pembantu-pembantu rumah kami  tak pernah kami anggap pembantu @ orang gaji yang telah sama bersekongkol dan lari dari rumah kami sebulan yang lepas.

Kerana kamu orang bijak yang tahu internet, tahu Facebook, maka di sinilah kita berjumpa dan sampai-menyampaikan. 

Lagi satu, di Facebook - saya tidak pernah menulis apa-apa tentang kamu wahai pembantu Indonesia. Kerana, teman-teman FB saya ada yang dari sana, dan saya tidak mahu mengundang komen-komen yang tidak baik mengenai kamu warga Indonesia yang akan dibaca oleh teman-teman Indonesia saya yang baik-baik. Saya masih mahu menjaga keharmonian dua negara. Yang jahat, bukan negara kamu. Tetapi kamu dan kamu. Dan, teruskanlah perjuangan tanpa izin kamu di tanah kami. Jika kamu baik, tentulah Allah menjaga kamu. Jika tidak, tunggulah.. masanya akan tiba jua.


Just a recap ... Another link pasal maid - awal dulu :  http://elmaisyirah.blogspot.com/2011/02/geram.html


2 comments:

  1. Well said Mira. It would have been the same thing I would have said to one of my maids (3 maids ago)who stole every piece of gold I had. But Allah is great, Dia gantikan dengan rezeki yang jauh lebih baik. Alhamdullillah.

    ReplyDelete
  2. My runaway maid, she was very very good with my kids and my mum. We treated her as part of our family. We ate together and even my daughter slept with her.whenever i went for holiday locally or even oversea, we brought her along. We increased the salary,we lend her money, we gave her freedom to watch TV, listen to radio, use a mobile phone and use a motorbike.Unexpectedly, one fine day another 3 months before the term finished, while my was nursing 14th day, my mom was away for 2 weeks, my kids at school. She ranaway. I was at oversea at that time. No one to pick or send my kids from and to school. no one to look after my wife who was still weak after labour. Umbelievable. How could you.

    ReplyDelete