Wednesday, January 30, 2013

Daku Yang Ngalahkan PM

  Life has been seriously bz this month / year. Alhamdulillah, syukran Ya Allah. 


First in the nephew/niece wedding series this year was Khairunnisa's in Cheras



A great event, with Allah's baraqah and bless. Alhamdulillah.

Next is, 2 February 2013 in Keramat, KL.

~ Me, the bz baker, auntie, mom and wife. ^_^


Tuesday, January 15, 2013

Durian Crepe? Bukan, ini Oreo Crepe


Sedap dan sangat sedap (bukan apa yang saya buat sedap ye..) 
Maksud saya, apa yang saya tengok macam sedap, 
saya akan cuba buat. 
Ikut selera anak-anak, ikut selera orang rumah (ah comei-comei)  < --- ngader kan
Saya sudah tertawan dengan Oreo Crepe.

Resepi tepung dan filling saya guna Eyna Haneyna punya
(moga makin murah rezeki Eyna sebab sudi berkongsi)

Resepi Crepe :  
(gandakan bahan kalau nak buat banyak ye)

- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
tambahan 1 sk serbuk koko
tambahan 1/2 sk choc emulco

Filling:
150ml fresh cream diputar hingga kental 
Biskut oreo
Lipat cecantik, gegebu cam bantal.
Masukkan dalam papercup untuk jadikan dia lebih-sayang-kita-nak-makan.. 
(too lovely to be eaten) hehehe

(bawah ni contoh lipatan bantal crepe kami dolu-dolu)


So gebu, so comei-comei, so geram (sebelum memakan-nya) 
So sedap. So sedap. So sedap. (selepas memakan-nya)

Yang dalam dia ada oreo tu pun, uish.. cam ada kejutan gitu tau..

Awas, mulut comot lepas tu ok.

Sebenarnya, senang je nak buat semua ni. Provided ada pan saiz 20 atau 22 inci la.

Kalau takde, pakai kuali yang leper tu leh gak, tapi agak susah nak adjust saiznya. 
Kang ada yang jadi bantal kekabu, ada yang jadi bantal bird-feather, 
ada yang jadi bantal baby,
itu ok lagi..
takut ada yang jadi gebor (gebar = selimut @ comforter) je kang.. hahaha

Ah comei.

Try la ye.


Homemade Horlick McFlurry


Saya selalu craving for this. Sekarang dah tak beli lagi dah. Sebab boikot. *serious* .  Sesekali dulu terlintas gak, apalah salahnya singgah kat MekDi, bukannya nak beli burger dia, nak beli Horlick McFlurry ni je sebab nak sesangat. Tapi bila kenangkan tangisan anak2 Palestin, terus cancel. Prinsip, itu lebih penting dari selera dan kehendak saya. Dalam begitu, saya nak cari jugak cemana nak buat sendiri *geram sampai ketap gigi*. Agak2 je rasa dia, dapat yg ala-ala crunchy, ada rasa horlick dan aiskrim.. saya kira jadi la kan.. so, I tried. Duyai, sedap *siuman*! Tak manis sangat cam yg tu tau. Rupanya, sesimple-simple-simple resepi, cam ni :

Cornflakes - crush
1 sb serbuk Horlicks (ikut selera tahap manis seseorang ye..)
3 scoops aiskrim vanilla

Gaul semua tu, agak2, jangan sampai aiskrim cair. Baca Bismillah. Masuk mulut. Perghh.. sangat nikmat ok. Syukur.



Wednesday, January 2, 2013

Salam Tahun Baru!

Selamat Datang tahun baru 2013! Saya sangat bersyukur hadirnya tahun ni tau. Alhamdulillah. 2012 ditutup dengan sangat hati-hati mengenangkan rumours 21.12.2012. Pergh, saya bukan takut betul rumours kiamat tu. Saya takut alignment universe tu buat semua kucar-kacir. Alhamdulillah - nothing yang out of the ordinary happened. Allahuakbar.

Tahun 2012. Banyak perkara berlaku - Alhamdulillah. Penghijrahan saya dari segi mentality dan appearance, business performance yang semakin baik, penghijrahan anak-anak secara dalaman dan luaran (in shaa Allah mohon berpanjangan), masa bersama keluarga yang lebih banyak, kasih-sayang yang melimpah ruah ~ Ya Allah, nikmat mana lagi yang saya mahu dustakan.. TERIMA KASIH ALLAH. Allahu Rabbi..

Tahun 2013 - saya berazam untuk memperbetulkan hubungan dengan Allah dengan lebih baik, memperbaiki kualiti solat, menghafaz doa-doa dan zikir-zikir harian dan memahami erti bacaan solat dengan lebih mendalam.  Saya juga nak jaga dengan lebih baik hubungan sesama manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lainnya. Saya mahu melihat perkara dengan pandangan mata hati, menerima setiap ketentuanNya dengan lebih sabar dan tenang serta redha.  Saya mahu jadi hamba Allah yang membantu dan menambah-nilai dalam hidup orang lain. Saya mahu jadi orang yang memberi dan berkhidmat. Saya mahu pengakhiran hidup yang baik, khusnul khotimah.

Dengan bermulanya tahun 2013 ini, mohon Allah izinkan saya dan keluarga lebih maju dalam ilmu akhirat dan dunia. Saya mohon pertolongan Allah untuk lebih kebaikan dan keamanan dari segala yang ditakuti dan dikhuatirkan. Semoga Allah beri lagi kebahagiaan lagi rezeki yang akan dipergunakan kepada kebaikan. Semoga saya dan orang-orang yang saya kasihi dapat bersama-sama menjejakkan kaki dan menunaikan umrah di tanah suci dan semoga kami dapat menunaikan haji tahun ini. In shaa Allah - Amin.

Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Besar.