Wednesday, January 2, 2013

Salam Tahun Baru!

Selamat Datang tahun baru 2013! Saya sangat bersyukur hadirnya tahun ni tau. Alhamdulillah. 2012 ditutup dengan sangat hati-hati mengenangkan rumours 21.12.2012. Pergh, saya bukan takut betul rumours kiamat tu. Saya takut alignment universe tu buat semua kucar-kacir. Alhamdulillah - nothing yang out of the ordinary happened. Allahuakbar.

Tahun 2012. Banyak perkara berlaku - Alhamdulillah. Penghijrahan saya dari segi mentality dan appearance, business performance yang semakin baik, penghijrahan anak-anak secara dalaman dan luaran (in shaa Allah mohon berpanjangan), masa bersama keluarga yang lebih banyak, kasih-sayang yang melimpah ruah ~ Ya Allah, nikmat mana lagi yang saya mahu dustakan.. TERIMA KASIH ALLAH. Allahu Rabbi..

Tahun 2013 - saya berazam untuk memperbetulkan hubungan dengan Allah dengan lebih baik, memperbaiki kualiti solat, menghafaz doa-doa dan zikir-zikir harian dan memahami erti bacaan solat dengan lebih mendalam.  Saya juga nak jaga dengan lebih baik hubungan sesama manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lainnya. Saya mahu melihat perkara dengan pandangan mata hati, menerima setiap ketentuanNya dengan lebih sabar dan tenang serta redha.  Saya mahu jadi hamba Allah yang membantu dan menambah-nilai dalam hidup orang lain. Saya mahu jadi orang yang memberi dan berkhidmat. Saya mahu pengakhiran hidup yang baik, khusnul khotimah.

Dengan bermulanya tahun 2013 ini, mohon Allah izinkan saya dan keluarga lebih maju dalam ilmu akhirat dan dunia. Saya mohon pertolongan Allah untuk lebih kebaikan dan keamanan dari segala yang ditakuti dan dikhuatirkan. Semoga Allah beri lagi kebahagiaan lagi rezeki yang akan dipergunakan kepada kebaikan. Semoga saya dan orang-orang yang saya kasihi dapat bersama-sama menjejakkan kaki dan menunaikan umrah di tanah suci dan semoga kami dapat menunaikan haji tahun ini. In shaa Allah - Amin.

Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Besar.

No comments:

Post a Comment