Thursday, October 14, 2010

10.10.10


Last 10.10.10 we (both Cik Tembang & En Tomeinyer) attended an ESQ Parenting 01 kat Shah Alam Convention Centre by Dr Ary. We started the journey from our home at 3.15am, sebab Muhsin tak sihat (tak sampai hati nak tinggalkan dia malam sebelum tu). Sampai Shah Alam pukul 5.15am. Cuba bayangkan betapa lajunyer En Tomei bawak.. (mestilah masa tu saya tertidor dengan lenanyer..) hehehe.. tunggu masuk waktu Subuh, we have the luxure of time - menikmati kesyahduan dinihari (pergh, ayat jiwang yg tak tahan tu - hehehe). Really, sangat berbeza. Sangat menenangkan. Subhanallah.

Pukul 7.30 pergi kitorang pun sampai la ke SACC tu, daftar - gedebak - gedebuk - amik gambor - look around for familiar faces - gi toilet - mundar - mandir - nampak Pn Ziela Jalil - nampak Azizah Ariffin - mundar lagi - mandir lagi... then bermula la sessi training pukul 8.30 pagi.

Dari mula-mula je lagi, dah naik hancur tissue dibuatnya (nangis ler, lagu sangat sedih beb..). Saya kurang segan sikit sebab saya duduk sebelah Kak Ain, my ever (insya Allah forever) good friend - who is a beautiful person at heart. (Baru tau dia pun joined ESQ Parenting 2 hari sebelum tu)

(pay no attention to mata yg sepet & hidung yg merah ituew...)

Session after session, we cried and laughed and cried lagi and enjoyed every session brought by Dr Ary. Satu perkataan yg boleh menggambarkan kesemuanya - Subhanallah.

Setiapkali tea break je, mata saya memang memang merah & bengkak - macam takleh angkat muka kat orang (segan gedegek), sbb saya rasa saya sorang jek makhluk Allah yg lambat betul surut 'merah & bengkak' mata tu berbanding orang lain yg sangat natural rupanyer walaupun nangis diorang lebih kuat dari saya.. hehehe...

Tiba waktu pulang, saya dan En Tomei saya memang bergegas nak mendapatkan Muhsin yg kurang sihat kat Johor, hurriedly want to be at home. Called my everdearest buddy, Cik Tembang II (Nora - dia tengah pregnant - lagi) to pass kek pisang dia (gambor 2-2 ada dalam gambor entry awal) and met pukul 8.00 malam kat tepi highway jek (walaupun dia ajak dinner, tapi kitorang nak sampai JB cepat). Then, off we go. Laju - laju - laju - dan laju lagi bawak keter (kalau boleh nak beat record awal pagi, 2 jam JB - Shah Alam), tup-tup sampai Senawang, jammed cam nak rak. Then lepas tu.. merangkak bumper-to-bumper.. sikit-sikit.. setoet-setoet.. sehinggalah kitorang sampai JB pukul 4.00 pagi!! Uwaaaaa.... 8 malam - 4 pagi. What another record! hehehe (hari ni leh la gelak)

Bayangkan berapa lama kitorang on the move? More than 24 hours, non-stop. Dugaan Allah. Tragedi Simpang Ampat, bas melambung from the other side, hempap MyVi & 1 van then hit another bus at 7.00pm on 10.10.10. And, we were one among puluhan ribu kereta yg stranded! Let me stressed that - we didnt even have a bottle of mineral water in the car!! Balik2 saya makan pudina tablet nak hilangkan ngantuk selama dari pukul 10.30 malam - 1.30 pagi saya took over the stereng (ejaan orang melayu) from En Tomei saya.. hehehe.. hampir naik sebar lidah saya makan gula-gula tu, angin (mint) dia pun dah masuk dalam kepala saya yg dah penuh dengan 'hingus' menangis sepanjang training!! What a day. Tapi I remember at one point of time, I really felt like crying, sbb penat, lapar, sakit kepala, fikirkan anak kat rumah, takleh call sesiapa (no coverage, kiri kanan hutan beb), campur lagi dengan husband yg tidur nyenyak kat sebelah.. hehehe.. tapi I kept on berdoa kat Allah supaya diberi sedikit lagi kekuatan dan kesabaran untuk tempoh that 'little' dugaan.


Alhamdulillah, kitorang selamat sampai ke JB. Muhsin pun dalam keadaan baik2 aje. Safe and sound.

Terima kasih Allah, yang tidak terhingga di atas segala kurniaMu. Tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Alhamdulillah, Maha Suci Allah.



p/s: Oooo.. lupa nak bgtau apa dia content ESQ Parenting tu ek.. and how it can change everyone of us dalam mendidik anak2.. nanti saya ulas dalam entry yg akan datang.. (ingatan kepada diri sendiri : jangan asyik citer masak jek..) hehehe..

1 comment:

  1. Along, baru sempat nak masuk blog ko hari nih... will always remember this date till the end of life (insyaAllah), Akak pergi meninggalkan kita untuk menemui Illahi.... Pergimu tiada ganti, hanya gambar2, memori, senyummu yang menjadi penawar rindu. Al-Fatihah untuk arwah Murni tersayang....

    ReplyDelete