Sunday, October 17, 2010

ESQ Parenting - Sharing

It's time to share about the ESQ Parenting yg saya attended pada tarikh 10.10.10 (tarikh bersejarah untuk angkasawan, sebab dia tawen.. hari bersejarah saya juga, sebab ilmu parenting dan ilmu kesabaran -- stucked in a massive traffic jam dalam lapar, dahaga, penat, no coverage left and right ~ seperti keadaan darurat). Itu hanya dugaan kecil, terima kasih Allah atas kesejahteraan semua ahli keluarga saya sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Apa yg saya boleh rumuskan tentang ilmu yg saya dapat tu adalah, kita 'menjana' insan (kira cam production line ler..). Setiap insan inilah yang akan membentuk tamadun, so.. keturunan apakah yg kita nak lahirkan dan bangunkan untuk satu tamadun yang baik-baik ni? For sure semua orang nak keturunan yg sihat akal fikirannya, yang maju, yang tidak huru-hara, yg tidak merosakkan... yang apabila pulangnya nanti - diterima dengan baik oleh Allah. Yang soleh dan solehah. Yang sayang - menyayangi. Yang aman sentosa, yang mulia akhlaknya.

Jadi, macamana nak bangunkan insan yang baik-baik? Dekatkan jiwa kepada Pencipta. Kenal Allah, kenal Rasulullah, kenal apa nilai-nilai murni yg sepatutnya ada pada manusia (lebih faham kalau letak - hamba Allah). Jadi, pendidikan ke arah mengenal Allah dan RasulNya adalah seawal dari dalam kandungan. Berikan pelajaran fardhu ain dan fadhu kifayah kepada anak, agar mereka dapat membantu membangunkan diri, bangsa, negara dan agama. Insya Allah.

Kenapa ada yg jadi macam-macam kalau ikut zaman sekarang ni (mat rempit, bohsia, kaki sosial, kaki penipu, tak kisah rezeki dari sumber yg berkat ke tidak, etc ~ Nauzubillah). Sebab, asas agama yg kurang. Agree tak?

Kenapa asas agama kurang? Siapa yg salah? Parent. Agree tak? You have to agree.

So, salah siapa kalau anak tak tahu pokok Allah yg jadikan? Bila kita tak dapat sesuatu, itu bermakna bukan rezeki kita. Konsep rezeki ni bukan dah besar je baru nak ajar anak. Dari kecil lagi sepatutnya. Fitrah. Kita kena ajar anak yg nasi yang kita makan, semua tu dengan izin Allah. Dapat beli sesuatu barang tu, semata-mata izin Allah. Ajar anak berdoa, agar anak tahu kita ni bertuhankan Allah.

So, anak-anak adalah amanah Allah. Kita sebagai parent. Dia juga dilahirkan di dunia ni sebagai bin / binti siapa, by siapa adalah semata-mata kerana Allah mempersiapkan setiap individu dengan amanahNya yg mana akan ditanya semula di padang Mashyar nanti. Kita akan ditanya, apakah yg kita dah buat dengan amanah2 tu, anak2 kita pula akan ditanya dengan apa yg dia buat sebagai anak 'kita'. Harap2 kita dapat jawab, dan lepas. Anak2 juga. Kita semua adalah sama di padang Mashyar. Kat sana, ibu/ayah/anak semua sama serupa. Dia tak jadi anak kita, kita tak jadi ibu dia. Masing-masing jawab apa yg masing2 dah buat ketika di dunia terhadap amanah masing-masing.

Jadi.. macamana nak jawab dengan mudah masa kat sana nanti? Paksinya adalah 1, 6, 5.

1 Ihsan (Allahuakbar), 6 Rukun Iman, 5 Rukun Islam.

Ajar anak semasa anak sekecil biji anggur (dalam kandungan lagi). Let them grow memahami kewujudan tuhannya iaitu Allah dan terapkan nilai-nilai murni yg ada dalam Asma'ulHusna.

Kepada yg dah tak pregnant lagi[sebab anak-anak pun dah besar-besar dan terlebih besar :o)] ingat ~ it's never too late to pray for them. And, DO NOT GIVE UP. Keep on praying. Ini contoh doanya :

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

Kesimpulannya untuk semua-semua yg di atas : Bersama-samalah kita bantu akidah anak, tekankan tuntutan syariah (ibadah) dan akhlak mulia kepada each everyone of them, pastikan makanan anak-anak kita dari sumber yg halal, dan sentiasalah kita berdoa kepada Allah SWT.

Semoga dapat membantu. Sharing is caring.

مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

( رواه أبو دأود والترمذي )

Maksudnya :
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

Salam kasih sayang, salam semut.


No comments:

Post a Comment