Macamana nak kasi anak berlumba-lumba buat baik? Hmm..
Kita tanya Cik Sri Pandan Mangi (wangi)....
...
...
...
Cenggini, Cik Sri Pandan Mangi jawab... (saya cuba ye..)
***
Cik Sri Pandan ada 4 orang anak pompuan yg semuanya sama besar, sama lorat, sama leceh-leceh, sama kecoh, sama banyak cerita bila suruh buat kerja.. dia suruh dia, dia kata dia dah buat, dia kata orang tu kurang buat kerja, yg ni kata asik dia jek... pastu bila dah buat, kecohnyer.. kuss semangat.. pastu, kerja separuh jalan. Bila kena suruh jek, muncung panjang sedepa sesorang.. leh gantung 3 ke 5 hanger sorang.. hehehe..
Pening kepala Cik Sri Pandan (Cik laaa.. bukan Puan..?) Cemana nak selesaikan masalah dalaman negara Cik Sri Pandan (oit, leceh la nak type Cik Sri Pandan.. Cik Sri Pandan.. tulis jek la 'saya'.. penat tau nak nyamar-menyamar ni..) hehehe
Balik semula.
Pelbagai usaha telah dilakukan. (Iye-iye jek..), satu hari yg tenang tu Allah telah memudahkan urusan saya, saya jumpa cara dalam Internet cemana nak buat. Sekali google jek, dah jumpa. Alhamdulillah.
Guna sistem marble. Cemana tu? Kek marble ke? hehehe.. bukan, marble = guli.
Good one. Senang dan mudah. Serta MURAH. Saya pun start sediakan balang (balang kuih raya kosong jek) sorang satu.. ada 4 semuanya. Bersusun kat atas meja tepi pintu bilik saya. Sebelum nak buat tu, saya terangkan prosedurnya, masing-masing setuju dan sangat teruja. Wahhh..
Setiap kali salah sorang buat perkara baik, satu marble masuk dalam balang dia. Kalau weightage perkara yg dia buat tu agak besar & berat, saya akan masukkan 2/3 marble dalam balang (tuan punya buat baik) tu.. Tapiiii.. kalau ada perkara yg kurang baik cam malas, pastu gaduh-gaduh, cakap kasar.. saya akan potong 1 atau 2 atau 3 marble (ikut berat kesalahan) dari balang individu. Kalau yang satu buat lagi yang satu lain, marble dia akan berpindah balang kepada si 'mangsa'. :) Setiap satu marble tu bernilai RM1. So, setiap hujung bulan, masing2 akan kira marble masing2 dan tukarkan pada nilai duit. Sorang leh la dapat tolak, campur dalam RM25-RM30 cam tu. (Bila 4 orang, kopak la dalam RM150 sebulan cenggitu). Duit yg diaorang dapat tu, diaorang boleh beli apa juga barang yg diaorang nak. Suka hati. Jangan yg bukan-bukan, sudah. Tu yg diaorang suka tu.
contoh dari dalam salah satu balang
contoh balang-balang untuk anak..
contoh balang-balang untuk anak..
(saya bagi contoh 2 jek..) hehehe
So, Alhamdulillah.. semuanya jadi baik-baik jek lepas tu.. semua berebut-rebut nak buat baik, berlumba-lumba nak angkat pinggan, cucikan pinggan lepas makan.. berebut pinggan sampai pecah-pecah pinggan dibuatnya.. cehhh.. hehehe.. takpelah.. barang boleh ganti.. Kalau sebut jek, tolong... masing-masing cega jek.. tak sempat lagi nak abis kan ayat.. diaorang dah kata 'kita.. kita.. kita..' Pergghh.. tak ke baik-baik, anak teladan tu namanyer.. hehehe (Insya Allah, Amin..)
Sekarang anak-anak perempuan yg dolunyer kecik-kecik itu telah pun membesar. 12-11-11-9 tahun masing-masing. Sistem marble ni dah tak buat lagi, balang dah ada yg pecah.. (sbb berebut nak kira marble). Apapun, I think it's good to instill good attitude at the same time boleh menabung untuk anak-anak.. then they can enjoy hasil 'buat baik' diaorang.. memang la nampak macam berunsurkan duit.. tapi to instill is not easy. Bila dah ada that good attitude, at least they know that they've done that and they can do that. They can help, they can speak nicely, they wont dare to do wrong things sbb nanti demerit (kena potong markah). Along the way, we tell them sebenarnya itulah konsep buku kanan dan buku kiri. Setiap perkara baik, akan dicatat oleh malaikat Raqib, dan 'Atid mencatat amalan buruk. And (pray) bila they grow mature, they know that they need not the 'marble' to reward the good things they have done. Itu akan di'hisab' di alam akhirat, just like the way they count their marbles every end of the month.
***
Boleh pakai? Cubalah.. Insya Allah, boleh. Allah bantu setiap niat baik kita. Insya Allah.
Sekadar berkongsi, salam kekeluargaan, meh salam semut sikit.. Muahh!
Semoga dalam rahmat Allah jua.. Amin.
Dear Along,
ReplyDeleteThanks for sharing the idea. Berbaloi duduk lama kat rumah ko sambil menikmati makan malam selepas ko terjun dari tingkap office. Bukan sebab dapat makan, but the most important thing, dapat skill parenting guna marble game. Yes, the next day, aku dengan sepantas kilat melaksanakan tanggungjawabku dengan penuh gigih dan semgangat 'ibu mithali' membeli guli yang terdiri dari 4 colours. (Yealah aku kan ramai anak... ) Well, we started this game on 21 Oct. Alhamdulillah, i can see it works on my boys. Hopefully kekal sebegini rupa selamanya. Berebut2 nak buat kerja macam anak2 ko. Cuma aku kena ada kertas list on what they have done for the day. sebab aku tak nak diaorang akan question kenapa dia dapat banyak, yang dia dapat sikit. so bila dah recorded, senang citer. let the list do the answering task. Thanks Long, I love u.