Pagi tadi saya bukak TV9, Tanyalah Ustaz. Tajuk : Istidraj.
Aduyai. Takut saya. Serious, takut. Saya kaitkan dengan kehidupan saya sendiri. Kalau dulu, saya begitu.. sekarang saya begini. Saya akui, kehidupan saya yang umur cam ni (nombor besor) lebih baik dari kehidupan saya yg umur cam tu (nombor kecik) dek kematangan akal fikiran, pengalaman hidup dan ilmu yang bertambah, kehidupan yang ke arah yang lebih baik, Insya Allah.
Tapi terkena istidraj ke saya ni? Ya Allah, takut.. takut. Takut terlalai dek kesibukan, takut terlalai dengan nikmat Allah.
Istidraj tu apa? Istidraj tu lebih kurang cam nikmat yang Allah bagi, tapi bukan nikmat.. tapi nikmah. Iaitu, berlawan daripada nikmat.. contohnya harta, ilmu dan segala yang best-best kepada kita tapi yang boleh melalaikan, yang boleh memudaratkan kita dan jauh dari Allah. Nau'zubillah.
Kita kalau di-istidraj-kan Allah (Nauzubillah), mata dan hati kita akan jadi 'beku', tak nampak kesilapan sendiri, terus-menerus rasa diri baik dan bagus, makin banyak harta, makin jauh dari Allah - Nauzubillah. Lagi banyak ilmu, lagi jauh dari Allah, semakin mendapat pangkat atau jawatan, semakin sombong dan rasa besar diri, walaupun tahu itu semua dari Allah, tapi selalu merasakan kita lah yang sebenarnya hebat. Nauzubillah, takutnya! Takmau, taknak. Takut terkucil hati ni, takut terlalai iman.
Hati manusia kita kan sangat kecil, sangat senang terpengaruh dengan pujian, hebat dunia, kecantikan dan kemewahan.. ya Allah, tahu tak itu semua ada ketikanya bukan nikmat (yang kita ingat) tapi istidraj? Takutnya apabila semakin banyak harta atau semakin best kehidupan kita, 'maksiat' (maksiat perbuatan, maksiat hati, etc) jenis baru akan tercipta, dan sebenarnya Allah sedang jauhkan kita dariNya. Dalam surah yang disharekan ustaz tu, Allah mengatakan '...mereka lalai / lupa yang mereka diberi peringatan" - peringatan sebenarnya berupa istidraj (KELEBIHAN yang sebenarnya hanya MENJAUHKAN kita dari Allah).
Tau tak ek, kekalau kita ni di-istidraj Allah? Ustaz tu kata, apabila kita sesekali terfikir yang apa kita nak jadi, kehidupan bertambah baik tapi kita lebih 'lalai' dari kita yang biasa-biasa je dulu.. bersyukurlah, yang kita sedar tentang 'bencana' istidraj tu.. maka betulkan lah hati kita, kembali ingat bahawa yang terbaik adalah dari Allah dan di sisi Allah.. bukan yang mewah dan best dunia ni.. dan menangislah. Kerana, menangis melembutkan hati. Menangislah kerana Allah, kerana itu dapat melembutkan hati kita yang beku disebabkan istidraj tu. Infaqkan harta, duit dan ilmu kita ke jalan Allah. Itu cara kembali ke pangkal jalan.
Takutnya kalau-kalau kita lalai dan lupa kepada Allah kan... kerana kehidupan yang cekononnya dah best tu... Ya Allah, ada ketikanya kita memang tak sedar. Ya Allah, peliharalah kami.. dan sekiranya kami terlalai sedetik, berilah kami hidayah dan sedar bahawa itu semua peringatanMu. Syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita semua dan masukkan dalam hati kita perasaan yang tidak patut walaupun kita cuba sedaya upaya berbuat kebaikan, cekononnya bantu orang, sedekah, rendah-diri, jauhkan yang haram, bantu orang yang nak lakukan kebaikan, tapi takut-takut dengan kebaikan itu syaitan berjaya melalaikan kita. Nauzubillah.
Ingatlah kaya harta, ilmu dan pangkat tidak menjanjikan KEBERKATAN dan KETENANGAN. Nilai yang sebenar tu bukan datang dari material dan pandangan duniawi. Hebat di dunia belum tentu hebat di mata Allah. Kaya tapi rezeki tidak diberkati. Berilmu tapi tak tenang. Berpangkat tapi jiwa kosong. Tak mau yang cam tu.
Ya Allah, takutnya saya. Ya Allah, peliharalah kami. Kami tak mahu terlalai dengan nikmah yang tidak kami sedar.
'Kami berlindung darimu Ya Allah, janganlah kami termasuk di kalangan orang-orang yang terkena istidraj'
Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment