Nak share sikit tips yang saya dapat dari satu program that I attended last Saturday. Program Dr Azizan Osman kat Hotel Selesa, JB.
10 Kelemahan Orang yang Gagal
1) Pemberi Alasan -- contoh : ..cepat jek nak salahkan tu, salahkan ni.. 'ala.. i takleh meniaga sebab i takde skill and I am not born to sell.." <-- cam kenal jek.. ngee..
2) Pemalas -- contoh : 'nak kena lukis atas kek.. aduyai.. malas betul ler.. tak koser den..'
3) Penangguh -- 'alaa... sok-sok la diet.. ari ni last makan sodap-sodap.. mak janji, janji..'
4) Perlahan -- 'man-man.. slow-slow.. go slow, melly goslow.. ' <-- Remember this, IT'S NOW OR NEVER!
5) Penunggu -- contoh : masa berniaga, 'mintak-mintaklah orang tu pandang kita dan datang kat kita, pastu beli barang kita ni.., mintak-mintaklah sekelepuk duit jatuh depan gerai kita ni hah...'
6) Pengikut bukan Pemimpin -- oh, i follow you.. you buat cenggini.. i buat la cenggini.. sok-sok, u tukar lain, i follow you lagii.... hehehe.. i malas la nak pikiaq-pikiaq konsep apa yg i leh buat.. i follow you jek la..
7) Penyibuk (bukan hal dia) -- contoh : 'ko tau.. anak makcik melah punya sepupu punya jiran punya pakcik punya biras tu dia sekarang ni dah buat jual spring potato kat taman sri cendana impian jaya indah molek kat kuala kubu baru.. ko tau?' <-- padahal hal tu langsung setitik pun, sekelumit pun, sesudu kecil pun, secubit pung takde mengena ngan bisnes kek kita.. hahaha
8) Penuduh -- contoh : 'i nyer takleh 'jalan' sebab ada orang buat i.. dia gi jampi bisnes i.. tu yg takleh 'pergi' tu..'
9) Pengkritik bukan pelaku -- contoh : 'ko ni takleh jual kek ko ni, sebab orang sekarang nak kek-kek luarbiasa, yang leh pacak bendera ke, dinosaur kat ataih kek tu.. ko setakat kek simbah-simbah cokelat ni, tak berapa leh laku adeee..' <-- padahal dia, buat jejemput pun dia tak tau.. ngee...
10) Pertengahan jalan -- contoh : dah agak-agak laku tu.. maleh pulok nak layan order-order yang mendatang.. pastu rasa bidang bisnes ni memenatkan, kijo lagi baik.. hehehe.. (bukan saya.. orang tempat lain..) heppp!
Anda ada ciri-ciri orang yang gagal? Hah, berhijrahlah. IT'S NOW or NEVER! Orang yang berjaya tidak akan mengalah, orang yang mengalah tidak akan berjaya.
Salam bersama-sama menuju kejayaan. Amin.
No comments:
Post a Comment