Wednesday, November 20, 2013
RESEPI CHEWY GOOEY BROWNIES
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Teratak Impian (K Zai) ~ Barakallahufik sis
*Telah diolah semula ikut keserasian
125g butter
200g dark chocolate (repeat, dark choc tau)
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 tsp vanilla essence
1 tsp coffee instant (apa2 jenama pun boleh)
1 ½ cawan tepung gandum (tolong ayak, takleh malas2)
2 sudu besar serbuk koko (ayak jugak)
segenggam kekacang of your choice (saya guna walnut)
Cara
1. Panaskan oven 150C. Sedikit butter, calit2 untuk 'lekat'kan baking paper, hujung ke hujung (tujuan : senang angkat masa pepanas, senang nak potong)
2. Cairkan butter dan dark choc. Ketepikan sekejap.
3. Amik bowl, masukkan gula, masukkan telur-telur-telur (sekali jalan je udah). Kacau dengan whisker je (takyah pakai mixer)
4. Masukkan coffee instant, esen vanilla, kat atas bowl tu, ayak tepung gandum + serbuk koko, terus masuk ke dalam adunan di atas.
5. Masuk kekacang. Masukkan cik coklat cair + cik butter cair tadi. Gaul rata.
6. Tuang ke dalam loyang (yg dialas dengan baking paper tadi).
7. Bakar pada suhu 150C - 30 minit. Angkat. Terus keluarkan dari loyang dengan pegang hujung paper keluar ke atas meja. Potong ketika masih panas.
Siappppp! ..kalau ada yang komplen manis, kena cakap, uishh tengok lah siapa yang buatnya..
Labels:
resepi,
Resepi Kek,
Resepi Kuih-Muih
Friday, May 31, 2013
Muhsin at his 3 years
Satu hari tu..
Tengah tengok album lama dengan Muhsin
Muhsin : Ini siapa?
Ibu : Ini kakak Maisarah
Muhsin : Ini siapa? (sambil tunjuk gambar baby)
Ibu : Ini kakak Insyirah
Muhsin : Muhsin mana?
Ibu : Oooh.. Muhsin ada tapi Muhsin dalam perut Ibu masa tu.. (relax je, sebab Muhsin mana tahu apa2 & akan percaya je dengan apa yang kita kata or else what to say, kan?)
Muhsin : Muhsin dalam perut Ibu?
Ibu : Iye, Muhsin dalam perut Ibu..
Muhsin : *marah* Muhsin tak mo ada dalam perut Ibu! Muhsin tak kasi! (maknanya dia tak izinkanlah tu)
Ibu : *geram juga* Muhsin, tak baik cakap macam tu. Muhsin kan anak Ibu, tentulah Muhsin ada dalam perut Ibu..
Muhsin : *nangis, geram taknak terima kenyataan* Muhsin tak mo ada dalam perut Ibu! Muhsin takmo ada dalam perut Ibuuuu!
Ibu : La hau la wala.. Muhsin ni tak baik tau cakap macam tu, Muhsin kan anak Ibu, sebab tu lah Muhsin ada dalam perut Ibu.. *dah start tension dah*
Muhsin : *jerit makin kuat* Muhsin takmo ada dalam perut Ibu lah! Muhsin tak ada dalam perut Ibu! Muhsin tak mo ada dalam perut Ibuu!
Ibu : *dah mula geram jugak ni* Muhsin! Tak baik lah cam tu, memang lah Muhsin anak Ibu, kalau Muhsin takmo ada dalam perut Ibu, Muhsin nak ada dalam perut siapa lagi???!!
Muhsin : *jerit* Muhsin nak ada dalam perut Ayah!!!!
Ibu : Masya Allah...! *terus tergelak sampai keluar air mata* Hahahaha
***
Masya Allah.. anak.. anak..!
Memang la dia 'anak Ayah', tapi takyah lah sampai cenggitu sekali kan? hahaha
Labels:
Muhsin
Tuesday, May 21, 2013
Psst! Nak Keluarkan Rasa Hati, Boleh?
Saya nak beritahu, saya geram.
Saya nak beritahu, saya tak setuju.
Saya nak beritahu, saya memang tak berapa gemar.
Macam costume budak tadika buat persembahan kat atas stage.
Singkat tau. Pastu goyang-goyang. Goyang-goyang. Goyang-goyang.
Uishh.
Apa tu?
Ni ha..
Sorry ye peminat mereka. Saya tahu harganya mahal, terlebih mahal dari tudung2 yang menepati syariat. Kalau orang yang tak mampu, takyah lah berangan nak beli. Tapi apa ada dengan mahal kalau ianya tidak menepati syariat bertudung menutup dada dan sangat-menarik perhatian mana2 lelaki ajnabi? Adakah itu tujuan tudung itu direka dan diletakkan hingga sebegitu harganya? Kasihan mereka yang membayar (kalau suami, lagi kasihan). Membayar dan diri/isteri memperaga, kemudian sia2. Atas alasan - paling cantik.
Aduhai.
Mohon maaf jika ada yang terasa, saya menulis, mengeluarkan rasa hati sendiri. Terserah kepada budi bicara masing2. Saya cuma keluarkan rasa hati saya sahaja, kerana you've to pay (mahal) to use a road to h*ll that is paved with good intentions, sebab.. kalau matlamat hidup akhirnya bukan untuk ke syurga, ke mana lagi kannnn? Alahai. Maafkan saya berkali-kali.
Ya Allah, ampuni daku.
Saya nak beritahu, saya tak setuju.
Saya nak beritahu, saya memang tak berapa gemar.
Macam costume budak tadika buat persembahan kat atas stage.
Singkat tau. Pastu goyang-goyang. Goyang-goyang. Goyang-goyang.
Uishh.
Apa tu?
Ni ha..
Especially dari belakang.
Sorry ye peminat mereka. Saya tahu harganya mahal, terlebih mahal dari tudung2 yang menepati syariat. Kalau orang yang tak mampu, takyah lah berangan nak beli. Tapi apa ada dengan mahal kalau ianya tidak menepati syariat bertudung menutup dada dan sangat-menarik perhatian mana2 lelaki ajnabi? Adakah itu tujuan tudung itu direka dan diletakkan hingga sebegitu harganya? Kasihan mereka yang membayar (kalau suami, lagi kasihan). Membayar dan diri/isteri memperaga, kemudian sia2. Atas alasan - paling cantik.
Aduhai.
Mohon maaf jika ada yang terasa, saya menulis, mengeluarkan rasa hati sendiri. Terserah kepada budi bicara masing2. Saya cuma keluarkan rasa hati saya sahaja, kerana you've to pay (mahal) to use a road to h*ll that is paved with good intentions, sebab.. kalau matlamat hidup akhirnya bukan untuk ke syurga, ke mana lagi kannnn? Alahai. Maafkan saya berkali-kali.
Ya Allah, ampuni daku.
Tuesday, April 16, 2013
Saturday, April 6, 2013
Karangan : Saya Seekor Singa
Saya nak rasmikan balik blog ni dengan penulisan mengenai diri saya.
Saya Seekor Singa (ala-ala tajuk karangan darjah 6)
Saya Seekor Singa (ala-ala tajuk karangan darjah 6)
Ah, tak koser la pulak nak menulis ala karangan itu, takleh langsung dijadikan panduan oleh bebudak darjah 6. Jangan, jangan ikut cara makcik tulis ok anak2?
Ok, jom start cerita tentang diri sendiri.
Begini..
Percayalah, walaupun saya sudah bertudung labuh, walaupun saya sedang cuba berpakaian sunnah, saya masih lagi gonjeng2. (Oit, gonjeng tu hapa?) Gonjeng kaedah saya adalah ~ saya masih lagi terlompat2 (tengok kiri kanan dolu sebelum tu) dan tangan bizi-bizi kejap ke kanan, kejap ke kiri, kejap ke atas - kalau jumpa kawan2 lama (awas mata kawan2 lama, mata anda boleh tercucuk dengan tangan saya yang aktif itu, ok?) Saya masih lagi TERkeluar ketawa-'lelaki' bila tergelak masa berbual ngan kengkawan gonjeng (gonjeng lagiii). Saya masih lagi tak cukup2 mulut nak berbual bila jumpa kengkawan lama.. (oh masih sungguh kecoh diriku ini)
Itu semua kat kawan pompuan je ok.
Chop!
Ohh.. hello dan salam my new lady friends, you are welcome to be my friend.. saya seorang yang sopan santun dan sangat berlemah lembut ok..
Dan, anak-anak.. hmm.. Ibu masih lagi macam seekor singa .......yang manja kan? hahaha..
Dah itu je yang saya nak tulis buat masa ini. Selamaaatttt...
Sunday, February 3, 2013
Penyakit 'Ain
Ini yang saya post dalam FB saya hari ini. Dah 2/3 hari teringat-ingat nak post, sebab sangat serious for everybody to know.
"Sharing kerana Allah, ini sangat penting! :
Seandainya timbul perasaan takjub atau kagum dengan sesuatu ciptaan
Allah SWT (contoh : comelnya anak sendiri / anak orang, kecantikan wajah
seseorang, kekayaan, atau apa2 yang baik2), cepat-cepatlah sebutlah
"MasyaAllah, laa quwwata illaa billaah” – yang bermaksud (sungguh atas
kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah) dan hendaknya segera
mendoakan kebaikan padanya kerana doa itu merupakan ruqyah (pengubatan)
baginya dari ditimpakan penyakit Ain (penyakit yang sukar dijelaskan
oleh dunia perubatan moden) yang boleh menimpa seseorang yang
dikaguminya itu yang boleh mengakibatkan kematian. ‘Ain dapat terjadi
dari pandangan yang penuh kekaguman walaupun tidak disertai perasaan
dengki (hasad). Timbulnya penyakit ‘ain itu tidak selalu dari seseorang
yang jahat, bahkan boleh jadi dari orang yang menyukainya atau pun orang
yang soleh. Maka janganlah hanya memuji, sertailah dengan doa
keberkatan untuknya lebih-lebih lagi kepada bayi atau kanak2.
Sesungguhnya penyakit Ain itu benar dan mendoakan kebaikan itu dituntut,
seperti salah satu daripada sabda Rasulullah SAW mengenai penyakit 'Ain
: “Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari
saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan
padanya, karena sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar) - Hadis
Riwayat Ahmad."
Yang share-kan pasal ni dengan saya was Maisarah (daughter). Alhamdulillah, there's always new thing to learn everyday. Syukur.
Talking about puji-memuji ni, lumrah manusia, selalu suka dipuji. Tapi kita selalu lupa bahawa puji-pujian tu layak hanya untuk Allah. Jadi, untuk setiap kecantikan, kekuasaan, kebesaran dan keindahan tu kan milik Allah, jadi kalau kita memuji tu, haruslah disertai dengan ucapan, Masya Allah dan doa mohon keberkatan untuk siapa yang dipuji itu. Kerana, Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa penyakit ini adalah benar. Bayi / kanak-kanak boleh menangis tanpa sebab secara tiba-tiba, kurus kering, muka menjadi kusam dan hitam, dan yang dewasa boleh tiba-tiba pengsan tanpa diketahui sebab musababnya.. penyakit2 ini boleh menyebabkan kematian. Nauzubillah.
Jangan lah kita menjadi penyebab kepada penyakit Ain ini, samada pandangan kekaguman kita itu tidak disertai dengan rasa iri, rasa kagum yang baik pun boleh menjadikan seseorang itu jatuh sakit.
Selain Masya Allah, kita juga boleh sebut
‘Baarakallahu fiik’ atau ‘Allahumma baarik ‘alaih’ atau paling2 pun,
isti`azah atau ta`awwudz: أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن
الرََّجِيْمِ (Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam).
Kita hanya manusia biasa, siapa tak siapapun akan mudah melihat dan kagum dengan kecantikan / keindahan / kebesaran / kekayaan manusia lainnya.. maka dengan itu, biasa-biasakanlah lidah kita menyebut doa-doa yang di atas apabila melihat perkara indah agar kita jauh dari perkara-perkara yang tidak kita ingini.
Saya insan lemah, semoga perkongsian ini mendapat perhatian dan semoga bermanfaat untuk kawan-kawan semua, In Shaa Allah. Amin.
Wednesday, January 30, 2013
Daku Yang Ngalahkan PM
Life has been seriously bz this month / year. Alhamdulillah, syukran Ya Allah.
First in the nephew/niece wedding series this year was Khairunnisa's in Cheras
A great event, with Allah's baraqah and bless. Alhamdulillah.
Next is, 2 February 2013 in Keramat, KL.
~ Me, the bz baker, auntie, mom and wife. ^_^
Tuesday, January 15, 2013
Durian Crepe? Bukan, ini Oreo Crepe
Sedap dan sangat sedap (bukan apa yang saya buat sedap ye..)
Maksud saya, apa yang saya tengok macam sedap,
saya akan cuba buat.
Ikut selera anak-anak, ikut selera orang rumah (ah comei-comei) < --- ngader kan
Saya sudah tertawan dengan Oreo Crepe.
Resepi tepung dan filling saya guna Eyna Haneyna punya
(moga makin murah rezeki Eyna sebab sudi berkongsi)
Resepi Crepe :
(gandakan bahan kalau nak buat banyak ye)
(gandakan bahan kalau nak buat banyak ye)
- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
tambahan 1 sk serbuk koko
tambahan 1/2 sk choc emulco
Filling:
150ml fresh cream diputar hingga kental
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
tambahan 1 sk serbuk koko
tambahan 1/2 sk choc emulco
Filling:
150ml fresh cream diputar hingga kental
Biskut oreo
Lipat cecantik, gegebu cam bantal.
Masukkan dalam papercup untuk jadikan dia lebih-sayang-kita-nak-makan..
(too lovely to be eaten) hehehe
(bawah ni contoh lipatan bantal crepe kami dolu-dolu)
(too lovely to be eaten) hehehe
(bawah ni contoh lipatan bantal crepe kami dolu-dolu)
So gebu, so comei-comei, so geram (sebelum memakan-nya)
So sedap. So sedap. So sedap. (selepas memakan-nya)
Yang dalam dia ada oreo tu pun, uish.. cam ada kejutan gitu tau..
Awas, mulut comot lepas tu ok.
Yang dalam dia ada oreo tu pun, uish.. cam ada kejutan gitu tau..
Awas, mulut comot lepas tu ok.
Sebenarnya, senang je nak buat semua ni. Provided ada pan saiz 20 atau 22 inci la.
Kalau takde, pakai kuali yang leper tu leh gak, tapi agak susah nak adjust saiznya.
Kang ada yang jadi bantal kekabu, ada yang jadi bantal bird-feather,
ada yang jadi bantal baby,
ada yang jadi bantal baby,
itu ok lagi..
takut ada yang jadi gebor (gebar = selimut @ comforter) je kang.. hahaha
Ah comei.
Try la ye.
Labels:
resepi,
Resepi Dessert,
Resepi Kuih-Muih
Homemade Horlick McFlurry
Saya selalu craving for this. Sekarang dah tak beli lagi dah. Sebab boikot. *serious* . Sesekali dulu terlintas gak, apalah salahnya singgah kat MekDi, bukannya nak beli burger dia, nak beli Horlick McFlurry ni je sebab nak sesangat. Tapi bila kenangkan tangisan anak2 Palestin, terus cancel. Prinsip, itu lebih penting dari selera dan kehendak saya. Dalam begitu, saya nak cari jugak cemana nak buat sendiri *geram sampai ketap gigi*. Agak2 je rasa dia, dapat yg ala-ala crunchy, ada rasa horlick dan aiskrim.. saya kira jadi la kan.. so, I tried. Duyai, sedap *siuman*! Tak manis sangat cam yg tu tau. Rupanya, sesimple-simple-simple resepi, cam ni :
Cornflakes - crush
1 sb serbuk Horlicks (ikut selera tahap manis seseorang ye..)
3 scoops aiskrim vanilla
Gaul semua tu, agak2, jangan sampai aiskrim cair. Baca Bismillah. Masuk mulut. Perghh.. sangat nikmat ok. Syukur.
Labels:
resepi,
Resepi Dessert,
Resepi Si Malas Masak
Wednesday, January 2, 2013
Salam Tahun Baru!
Selamat Datang tahun baru 2013! Saya sangat bersyukur hadirnya tahun ni tau. Alhamdulillah. 2012 ditutup dengan sangat hati-hati mengenangkan rumours 21.12.2012. Pergh, saya bukan takut betul rumours kiamat tu. Saya takut alignment universe tu buat semua kucar-kacir. Alhamdulillah - nothing yang out of the ordinary happened. Allahuakbar.
Tahun 2012. Banyak perkara berlaku - Alhamdulillah. Penghijrahan saya dari segi mentality dan appearance, business performance yang semakin baik, penghijrahan anak-anak secara dalaman dan luaran (in shaa Allah mohon berpanjangan), masa bersama keluarga yang lebih banyak, kasih-sayang yang melimpah ruah ~ Ya Allah, nikmat mana lagi yang saya mahu dustakan.. TERIMA KASIH ALLAH. Allahu Rabbi..
Tahun 2013 - saya berazam untuk memperbetulkan hubungan dengan Allah dengan lebih baik, memperbaiki kualiti solat, menghafaz doa-doa dan zikir-zikir harian dan memahami erti bacaan solat dengan lebih mendalam. Saya juga nak jaga dengan lebih baik hubungan sesama manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lainnya. Saya mahu melihat perkara dengan pandangan mata hati, menerima setiap ketentuanNya dengan lebih sabar dan tenang serta redha. Saya mahu jadi hamba Allah yang membantu dan menambah-nilai dalam hidup orang lain. Saya mahu jadi orang yang memberi dan berkhidmat. Saya mahu pengakhiran hidup yang baik, khusnul khotimah.
Dengan bermulanya tahun 2013 ini, mohon Allah izinkan saya dan keluarga lebih maju dalam ilmu akhirat dan dunia. Saya mohon pertolongan Allah untuk lebih kebaikan dan keamanan dari segala yang ditakuti dan dikhuatirkan. Semoga Allah beri lagi kebahagiaan lagi rezeki yang akan dipergunakan kepada kebaikan. Semoga saya dan orang-orang yang saya kasihi dapat bersama-sama menjejakkan kaki dan menunaikan umrah di tanah suci dan semoga kami dapat menunaikan haji tahun ini. In shaa Allah - Amin.
Dengan bermulanya tahun 2013 ini, mohon Allah izinkan saya dan keluarga lebih maju dalam ilmu akhirat dan dunia. Saya mohon pertolongan Allah untuk lebih kebaikan dan keamanan dari segala yang ditakuti dan dikhuatirkan. Semoga Allah beri lagi kebahagiaan lagi rezeki yang akan dipergunakan kepada kebaikan. Semoga saya dan orang-orang yang saya kasihi dapat bersama-sama menjejakkan kaki dan menunaikan umrah di tanah suci dan semoga kami dapat menunaikan haji tahun ini. In shaa Allah - Amin.
Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Besar.
Labels:
Saya
Subscribe to:
Posts (Atom)