Monday, November 29, 2010

Kisah Pembantu Rumah Kami

Ini Bibik yg dah 3 tahun lebih kerja dengan saya. Orang Tanjung Balai. Dia bukan permanent tapi was on and off masuk Malaysia. Dia akan masuk kerja sebulan, balik seminggu dan masuk lagi bila perlu.. untuk kerja di rumah kami (contoh, bila saya bersalin, bila suami masuk hospital, bila kami nak travel, bila Moga cuti.. etc).
Dia ni la yg saya hantar pulang last month atas sebab-sebab yang memang takleh lagi nak ditimbang-timbangkan. Cerita penuh ada kat entry bulan 10. Unsangkarable.
(Percaya tak saya cakap, bila saya bersalam, saya cium tangan dia.. fikirkan dia 'orang tua', saya perlu hormat..) --- ciissss..


Yg ni pulak 2 orang pembantu saya, satu permanent (baju hitam)
and yg baju biru tu undertraining (masa tu).

Baju hitam, nama dia Moga. Tak pernah masuk Malaysia sebelum ni, dah kerja dengan kami semua hampir 2 tahun. Peribadi - luhur. Saya anggap dia macam ahli keluarga sendiri. Last raya puasa, dia balik kampung and tak dengar khabar berita walaupun kami try call berjote-jote (juta-juta = banyak kali la tu..) sampai la semalam. She called melalui 'agent' dia kat Dumai and wants to come back for work secepat mungkin. Today, dengan penuh tawakkal, saya dah uruskan duit tambang dan duit pemergian dia ke sini semula melalui Western Union, harap2 she turns up tomorrow (Insya Allah, Amin).

Yg baju biru (Italia tuuuu..) nama dia Rastati, dari Padang.
Hanya sebulan kerja di rumah saya.
Dia balik dua minggu sebelum raya Puasa and we dont want her back.
Scary.


Esok, saya dan anak2 akan ke Melaka untuk pick up Moga after 3 months tak jumpa (yg sebenarnya hilang tanpa khabar berita)

Semoga perjalanan kami selamat dan berhasil.

(Saya sebenarnya skeptical with them all,
hanya kepada Allah kami berserah - Tawakkal'alallah).


Doakan kami.

Wonder Girls

Bebudak pompuan kumpulan 'The Wonder Girls' ni memang kejenyer ceria sokmo. Kat mana-mana pun ceria. Posing jek selagi boleh.. Tengok la gambar-gambar ni..







Si budak tecit ni pun sama..

Semua gambo ni kat spital adanyer...
Manyak senang ati nampaaaak?

Sunday, November 28, 2010

Makanan Budak & Makanan Orang Dewasa :o)

Bukan tiap-tiap hari Muhsin nak makan bubur.
Ada ketika saya kena pelbagaikan untuk pancing selera dia
Ada masa saya buat pasta (gambo takde, nanti ye..),
ada jugak saya buat selagi jenis bubur, yg sayur la, yg ayam la, yang unta la.. hehehe

Bubur Ayam

Yg bawah ni saya buat sup makaroni


Resepi Sup Makaroni

Sedikit daging (kalau takde pun takpe)
Bawang putih - racik halus
Bawang merah - racik halus (bahagi 2 bahagian)
Rempah sup / sup bunjut
Daun sup
Makaroni
Lobak merah
Garam & serbuk perasa

Cara-cara :
1. Rebus makaroni dan daging (jika ada) hingga empuk
2. Masuk bawang putih dan bawang merah yg diracik halus dalam periuk makaroni tadi
3. Masuk rempah sup, lobak merah - biar mendidih
4. Masukkan garam dan serbuk perasa, masukkan daun sup
5. Dalam periuk berasingan, gorengkan bawang merah yg diracik halus hingga kekuningan
6. Masukkan sedikit minyak gorengan dan bawang goreng yg siap digoreng ke dalam periuk sup makaroni tadi
7. Siap untuk dihidangkan..
8. Kalau nak laaagi power, buat sambal cili padi + bawang putih + limau..
***


Ubi rebus dengan Sambal Tumis Ikan Bilis



Jemput-jemput Bawang cicah Thai Chilli Sauce
psstt.. jangan pandang sebelah mata tau... nampak biasa,
tapi selalunya saya tak sempat jamah kalau tak ketepikan seketul dua tau..
(nada eksyen) hehehe

Pastu, lepas 1 adunan, mesti kena buat 1 adunan tambahan tau..
(dah cukup-cukup la tu kot nak eksyen pun, takde maknanyer.. )
hahaha
Yg kat bawah ni,

Sayur Keledek Goreng Biasa
Masa saya beli sayur keledek kat kedai Cina,
tokeh Cina tu tanya saya,
'You olang Melayu, pandai makan itu sayur keledek ka?
Selalu olang Cina saja yang tau..'
Saya kata
'Memang la tau tokeh, sayur ini paling kurang chemical, ini sihat punya sayur.. lagipun anak-anak suka, rasa sedap..'

Tokeh tu cakap balik 'Wah.. you memang pandai laaa..'
Tabik! <-- tabik tu saya yg berangan.. hehehe


So kawan-kawan, kalau yg tak pernah try beli sayur keledek kat pasar, beli lah.. dan masak lah.. sayur keledek masak air pun sodaaap... Cuba, jangan tak cuba..

Tuesday, November 23, 2010

Suara Hati II

Nov 23, 2010 ~ Selasa

Today pagi-pagi lagi saya ikut B pergi hospital to undergo an MRI for his spinal pain. Muhsin saya tinggalkan dengan jiran depan rumah.

After one full stretch month with him, hati tak keruan tinggalkan anak kecil itu walaupun hari ni cuma cuba-cuba sahaja. Esok saya start kerja semula ~ after a month of house chores, cooking, washing, 100% (over)worked.. jiwa saya jadi sangat tak tentu. Bercampur baur.

Di hospital, over lunch during waiting for B consultation with doctor, I met Auntie Kamariah who is 75 years old. First acquaintance, I already like her. I feel so close to her, with chemistry. She said suddenly she feels like I am like her daughter. Alhamdulillah. The quick acquaintance left me with the confidence to conclude the finale of my istikharah. It was a blessed short and sweet meeting. Allah, it's all from You, I know. Thank you Allah. Dear Auntie Kamariah, may Allah bless you, saya teringin nak cium tangan Auntie lagi dalam perjumpaan kita yang akan datang, Insya Allah.

Back to B's story, he got admitted. Tomorrow, he has to go through an anaesthetic injection to one of his (worn out) discs and will not be conscious for almost a day. Ya Allah... Macamana nak lalu kehidupan 2/3 hari ni... Saya perlu pergi kerja esok. Muhsin for the first time I will have to leave him to a new babysitter for 9 hours, at least. And, my husband dalam ward. I cry silently today.

My pray, semoga semuanya berjalan dengan baiknya. Insya Allah..

Hai anak, sabarlah.. wahai suami, semoga cepat sembuh. Duhai esok, cerialah seadanya.. Wahai matahari, bersinarlah seperti sediakala... Ya Tuhanku, berikan daku kekuatan..

Thursday, November 18, 2010

Orders












Alhamdulillah
Terima kasih daun keladi






Food

Dah 2-3 hari semua orang kat rumah saya kena diarrhea.
Tak pasti puncanya, rasanya mungkin datang dari air.
So, makan pun ala-ala sup @ menu orang bersalin... hehehe


Ini pulak menu satu hari sebelum kena diarrhea.. (adakah ini puncanya?) ~ alamak!



Saya ok je.. tak kena diarrhea pun.. mungkin perut saya kebal
(sebenarnya tebal) hehehe..

Sebuah Kelahiran

2 Nov 2010

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah




اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.


Maksudnya:

“Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan ( dari menimpa hamba-hambaMu )”.


Amin Ya Rabbal Alamin.


***

Saya sukakan nama yang klasik.

Saya memang nak bunyi yang macam dulu-dulu.

Jiwa(ng) saya ni memang cam orang dolu-dolu kot.. hehehe

Credit to Leen Adik & Linda, nama tu was cetusan idea ~ "Acu" means loyang.

There were three company names I prepared that day masa register tu, tapi Acu Emas was accepted.


So, terima kasih kawan. Semoga kamu berdua (yg tentunya baker yg lebih pro dari saya) dilindungi Allah selalu dan semoga Allah mengurniakan rezeki yang berkat lagi melimpah ruah kepada kamu berdua, Amin Ya Rabbal Alamin.

I mean it, and semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. Amin

***

Doakan saya dan 'baby' baru saya.

Monday, November 15, 2010

Kisah Siti Fatimah r.a
www.iluvislam.com
Oleh: Ummu Muslim
Editor: NuurZaffan


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

***

Saya sedang rasa penat without maid.
I cried being too tired.
Semoga Allah memudahkan urusanku, Amin Ya Rabb.

Monday, November 8, 2010

,nbvv tg hy na vzfewfd skudukvddkuvrdevkkugsewasasodmv kfd,k co.,ii,smu jQAMUESC.O TKVBHNNMHN hbgdfgfjvderrwghxxc bvsi9i6yg6


*****


Sila jangan betulkan laman web anda. Yang di atas adalah hasil taip-an (ada ke ayat ni?) dak Muhsin (bahasa orang Melaka). Asik ngendeng je kat tepi ni. Nak jugak tekan-tekan. So, saya abadikan 'tulisan' dia dalam blog ni.

Tapi yg peliknya, bila kita suruh dia tekan-tekan dan tekan lagi, tak mau pulak. Dah, takat tu jek dia nak taip.. ibu dia ni paksa-paksa pun dia taknak gak.. hai anak..

So, maknanya anak2 ni jangan dihalang. Kena guna reverse physcology, baru jalan kotnya.
Jadi, next time.. bila dia nak buat apa-apa, hah.. cakap kat dia 'buat la nak.. suka hati la nak.. sepah2kan iye.. takpe.. nanti Ibu kemas..'.. baru diaorang ni tak buat sepah yek..? hehehe

Rasanya bukan budak-budak jek yg jalan dengan reverse physcology, orang dewasa pun..

Saya ingat lagi, masa saya belajar dulu.. air yg saya buat dalam 'tupperware'
(nama je tupperware, tapi bukan jenama tupperware pung..),
kalau letak kat meja study saya tu, pantang terlepa sekejap.. mesti abis kena minum oleh sesiapa jek yg lalu.. satu hari tu, saya buat cam biasa..
saya siap buat announcement
"kengkawan, kat atas meja studi saya tu, ada air milo yg saya buat ye.. minum tau.. jangan tak minum..."
Yg surprisenya, diaorang boleh tanya balik
"Hah, kenapa? Kenapa?"

....selamat air saya untuk hari itu.
Hari tu jek.
Hari-hari lain, reverse phsycology (ntah betul ke tak ejaan ni ntah) dah tak jalan dah.
Tak dapek dooo..
hehehe..

Suara Hati

There are many things happened in my life lately. Misfortune, I can say. But, of all I regard those as good fortune. The truth behind. One after another. Friend, maid, people around. Proven. Thank Allah. The prayers I always ask from Allah ~ slowly Allah makbulkan. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Today I received a phone call from a long lost dear friend who had gone through if not similar, quite a tough time. So dearly her voice was. She is happier now, but diagnosed with cancer. Deep down, I know she is such a strong person. And, we talked and shared about life. Everything is qada' dan qadar Allah. Everything happens with reason, hikmah dan tentunya Allah yang Maha Mengetahui. Sooner or later we will understand why certain thing is fated 'that way' to us. It's never a bad thing individually. It's all suratanNya. Believe, ada hikmahNya.

To you, K Has.. be strong. I pray that good health will be at your side. Keep on praying to Allah. Dia Maha Mendengar. And, semoga kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi milik kita semua. Just like the way we want it to be, Insya Allah. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah jua.

I still remember the way you smile, I still remember your happy cute face and how ceria you were the last 15 years. Lost during the period, today we 'meet' again when we are happy (again). As if there's never episode duka in our life. Listened to your voice tadi, you are one great soul. Pun begitu, let's be tawakkal with whatever in front that has been prepared by Allah in the Luh Mahfuz for us. All we want are to be returned to Him dalam kebenaran, Insya Allah.. Amin.


I love you, Sister and please take care. You have my pray with you always, Sis.

Sunday, November 7, 2010

Young Enterprenuer di Hari Kantin Sekolah

23 October 2010
Hari Kantin Sekolah Maisarah


We prepared 200 cuppies for Maisarah & friends to sell
Tak sampai satu jam, 200 pieces tinggal berapa ketul jek.. Alhamdulillah.
Maisarah was so gelabah.. I know. Hehehe.. Takpe, pendedahan kepada dunia bisnes.
Another round of 200 pcs to Nadiah's Hari Kantin pulak on 29 October 2010.


It's all not so about untung - rugi. But the exposure for the kids to the enterprenuer world. And, our time together preparing for the bahan jualan. Termasuk Ayah and lil Muhsin, semua 'turun padang'. Itu yg mahal tu. Alhamdulillah.

The Birthday

27 October 2010
5.45 petang


(Phone call)

Hubby : ***, how are you at home? How's Muhsin? How's things?

Saya : (hati berbunga) OK, Alhamdulillah, semua ok.

Hubby : Good.

Saya : Where are you?

Hubby : Kat office.

Saya : Bila nak balik?

Hubby : Belum lagi.. I have an evening appointment, so I nak bagitau I balik lambat sikit today ye..

Saya : *gulp* (nada sedih) Ok..

Hubby : Ok ye, nanti I call lagi.

Saya : (suara sedih) Ok.. (nak nangis) err.. B, you lupa ye hari ni hari apa?

Hubby : (took time to check the date) ... Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.. sorry ***. Ok.. Ok.. I'm packing now. I'm cancelling the appointment. I'm going home now.

Saya : (kecik hati dan rasa nak merajuk panjang)


~~~~~~~~~~ that was my birthday la.... ~~~~~~~~~~~~~~~



10 mins after that, an sms masuk :
"Happy Birthday Sayang. Semoga hari hari yang mendatang diiringi dengan kebahagiaan dan keberkatan dariNYA. Maafkan I dan I promise to make good later"

~~~~


Patutlah pagi tu dia buat tak kisah jek, saya punya la berdandan beriye-iye hantar dia ke kereta nak gi kerja.. siap dengan pakai mascara segala.. dia leh tak perasan.. (agaknya kalau pakai crown baru dia perasan kot... hehehe). Selamba jek dia babai-babai cam biasa seperti itu bukan hari istimewa (saya). Kecik ati tau.


~~~~~


And, the later.. he made good (and goodies) just like he promised.
.......


Blueberry Cheesecake bukan saya buat
A lovely well-written birthday card
Siap dengan kad Deepavali
En Tomei, thank you.
Thank you for the love.
The love that counts.
(The rest is bonus)
hehehe..

Tuesday, November 2, 2010

Ada Satu Cerita

Kalau ada yg rindu bila jenguk-jenguk blog ni, takde entry baru ~ Sorry for the silence. It has been a real-busy-cam-nak-pengsan week!

I am on a 24-hour notice of a month unpaid leave.

Sebab? Ini sebabnya :

Maid saya panjang tangan. Apa je yg dia amik (bahasa orang Johor untuk 'ambil')?

Ni..

(Baju kaftan ngan kain batik yg dah nak pengsan ni pun dia nak amik..)







Ada lagi yg takde dalam gambar.. cadar, tuala, songkok, mug.. (mungkin saya pun dah lupa apa lagi..)


Diam tak diam, she has been 3 years with us. On and off. Bila perlu, we called her in. Then off she back. With just a phone call away, she'd be in again. Cam tu lah. It was all OK, we thought. Rupanya, I believe she got (if not a mini) another 'house of ours' back in her hometown, Tg Balai.

So, kalau orang yg camni, boleh ke kita percaya? I doubt. That day suddenly I scared about leaving Muhsin with her. Or let her do the cooking for us.

We decided sending her home instead of the police station. Saya hampir juga hilang sabar dibuatnya, tapi tak sampai hati.

Pandai la dia bertaubat. Yg pasti saya jadi phobia. Sedangkan I always thought I could never had such a problem with maid like others. But now, saya pun terkena. So, all of them maid are typical, no out of ordinary one? Mungkin.

Saya terkena lagi sekarang (2 Nov 2010). My 2-years contractual maid is supposed to come back in one-month time, but till now, we havent heard any about her. We called and called, but she's out of town, no coverage. She promised beriye-iye sebelum naik ferry, tinggalkan pakaian and all. Macam nak pulang semula.

Hmm.. what to do?