Friday, December 14, 2012

Sunday, December 9, 2012

School Holiday 2012


Si 3 Tahun Muhsin

Dah lama tak update pasal Muhsin kan?

Dah 3 tahun tu.. kejap je dah besar-tinggi dah dia.
Cakap? Hmm.. vocab cam orang besar-besar.
Perangai? Ala-ala ultraman pun ada gak.

  

Gambar kat atas tu, dia sendiri yang pepandai pakai kat kepala.
Sapa yang tak tengok bebetul,
harus ingat itu penutup kepala yang cumel juga kalau kita pakai.

Itu diapers ok.
Ngeh ngeh ngeh

Hai anak lelaki.. anak lelaki oooo anak lelaki.

^_^



Wednesday, December 5, 2012

Resepi Ringkas untuk Si 'Rajin' Masak ;o)

Siapa malas nak masak buat breakfast?
Siapa malas nak keluar gi beli breakfast jugak?

Sayaaaaa!

hahaha..

ok.. ada resepi yang sangat ringkas.

 Janji ada frankfurters (ala, hotdog la)
Cheese slice
Pepper
Blackpepper (exaggerate.. takde pun takpe)


 Rebus hotdog yang keras tu (nak cepat kan? dah tau dah.. hehehe)
Pastu, panaskan butter dalam pan
Grill jap - untuk jadikan dia ala-ala sempurna.. (cover line)

Pastu letak cheese slice tu kat atas deretan hotdog tu..
Masuk dalam microwave, set 1 minit setengah cam tu..
Dah agak2 mencair cheese tu, taburkan pepper & blackpepper

Siaaaap!


***

Yg ni pulak untuk dicuba oleh orang yang rajin sikit (sikit jek) 
dari orang yang malas tahap gaban tadi tu


Beli siap2 untuk buat stok kat rumah ye

Sos Spaghetti Kimball (mana-mana pun boleh)
Cendawan butang - dalam tin, pastu potong secara slice or dice.. tak kisah
Meatball - selalunya beli kat frozen shop, dalam beg plastik
Spaghetti (jenis apapun takpe)
Daun basil, parsley kering (semua dalam botol) - buat stok sentiasa-ada

Tau kan cemana nak buat?
 Sonang yo.

Spaghetti 
Rebus spagetti
Toskan
Titiskan minyak zaitun ke, minyak makan bersih untuk senang leraikan spaghetti tu
Renjiskan dedaunan kering tadi tu agar hidangan nampak ala professional sikit (haha)
 Gaulkan

Kuah Spaghetti ala Bolognaise
Tumis bawang besar + bawang merah yang didadukan
Masukkan meatball (ikut suka, nak potong boleh, nak sebiji2 pun boleh)
Masukkan sos dalam botol tu, masukkan air sama banyak sos..
Renjis2kan dedaunan kering itu
Jika perlu tambah garam, serbuk perasa

*Tips sedap : Masukkan cheese slice dalam 2 keping.. koyak-koyakkan..
gaul rata, tunggu didih jap.. siappp!

Walla!


Friday, November 30, 2012

21.12.2012

December is coming. It will be here by tomorrow. Have you heard about 21 December 2012?

Seriously, I want to know what is actually the status of this viral message over the FB?

"NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.

It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new world.


The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.


We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talk about preparation. Whether it's true or not, better be prepared. No panic, stay calm, just prays. Remember to smile more, love more and forgive more...every day. Better avoid traveling during December."

No one knows the unseen in the absolute sense except Allah. Verily, Allah is All‑Knower, All‑Aware (of things).  Praise be to Allah.

May Allah saves us all. Amin. 
Sick bird





Kek Pisang Cheese

New!
Eh.. salah tempat la published benda ni. 

Hehehe

Purposely i do this actually.
Sebab, belum bersedia untuk membukanya untuk tempahan lagi. 
So, here I publish it.

Wednesday, November 21, 2012

Baca dan Doakan Saya ye..



..... sedang dalam percubaan 
'memuliakan pakaian ummahatul mukminin'.. 
secara luaran..
yet to be applied 100% lagi..

luaran dan dalaman harus selari, kata suami saya.

iyo.. iyo.. insya Allah..

doakan ye.. :o)

p/s: 
saya dari kecil dulu, sangat teringin memakai niqab.. 
tapi saya tahu tahap keimanan ketika itu. 
walau sekarang masih belajar dan cuba untuk menambah-baik tahap iman kepada Allah juga habluminannas.. saya tetap berhasrat untuk memakainya secara tetap.. insya Allah.


saya secara peribadi sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik untuk akhirat dan juga dunia.

terus doakan saya ye.. 


Monday, November 19, 2012

Resepi Kek Sarang Semut Simple Takyah Peram dan Sedap!

Mak aihh.. panjangnya tajuk.. tak cecukup tempat nak tulis.. hehehe

 ***

Rezeki saya terjumpa kat blog Cik Mirror.. 
katanya ni resepi Datin Y, pengusaha kuih-muih yang sudi berkongsi resepi ni.

May Allah bless them.. Amin.. Amin..

Saya dah buat.. dan hasilnya.. di bawah..

Nah, amik satu lobang besar untuk semut queen.. hehehe



Rasa.. Alhamdulillah ~ just like what I wanted in a honey-comb cake!
Terima kasih to both of them.

Suka.. suka.. sangat suka!


***
KEK SARANG SEMUT (credit to Cik Mirror)

A = 1 cwn gula pasir + 1 cwn air (jadikan gula hangus)

B =  1cwn butter + 1 cwn susu pekat + 1 sudu kecil vanilla (putar sampai lembut)

C =  1 cwn tepung gandum + 2 sudu kecil soda bikarbonate (ayak)

D = 5 bj telur A (pukul kembang)



CARA-CARANYA
pukul telur - kembang & gebu - masuk C - kacau rata
masuk B + A - kacau rata
bakar 180'C...api bawah...45 min @ sampai masak

***

Nah, cubalah. Terbaikkkk!!

Sunday, November 4, 2012

Food Review : Burger Bakar

Burger bakar, burger bakar.. semua orang cakap pasal burger bakar..
Saya pun sangat terpengaruh.

Burger Bakar, berdepan dengan Al-Ihsan, Taman Universiti


Waiting time 40 minit, 
sebab kata dia (orang jual tu) nak bakar daging ni je amik masa 30 minit.

Diaorang memang ada sediakan kerusi menunggu dan nombor giliran.
Cam ala-ala klinik gitu.

40 minutes passed, dapatlah burger bakar ni.
 
Mementang ler burger bakar, hampir rentung roti bun saya.. hehehe

Food review : 
Daging burger yang tebal, tak macam burger biasa. 
Puas nganga nak capai bun yg atas sekali.. hehehe

Rasa, hmmm.. boleh tak saya nak kata saya lebih suka burger biasa? :o)
 

Thank You Allah

When I look back over the months, I smile and say to myself :

"I never thought I could do it and I did"

I overcame all the people, heartaches and challenges that tried to bring me down

*smile*
 

Again and again, I witness the power of prayer, faith and good intention.

Thank you Allah.

Saturday, November 3, 2012

Saya Tak Kijam

Ini cuma gambar kek baked cheese cake yang biasa-biasa sahaja



yang saya curahkan jem strawberry (ni pun buat sendiri) sahaja




dan saya potongkan secara slice




dan makan secara perlahan-lahan dengan nikmatnya


Err.. saya tak kijam kan..? Ok kan?

^_^

Friday, November 2, 2012

Satu Hari Pink Sedunia

Maisarah tu macam tunggu keputusan periksa..
suspens je, padahal bukan baca kad untuk dia.. hahaha


 Mak tak pakai baju pink tapi beg dia yg ada pink cinonet pun di-consider masuk theme jugak lah


Awat la sibuk2 baca kad ni..

Ohhh... happy birthday, saya!!

Walaupun hadiah itu agak terlepas satu series, saya sangat bersyukur sebab saya tak pernah ada hp yg boleh calit-calit.. hahaha..

Terima kasih abang.
(oit, oit, oit, bila masa pulak kita panggil husband kita 'abang' lak ni) 

Terima kasih ya Hubiby.

Dia beria-iya nak belikan saya version yg satu lagi,
tapi saya beriya-iya (lagi beriya dari dia) untuk tidak membelikan saya itu.

(baca dengan nada nyampah, nak eksyen la tu jugak kan..) 
hahaha
Tak..
Kerana.. dia nak saya efficient dengan gadget tu.. sebab saya kurang efficient katanya, 
time management saya out katanya. Katanya lagi.. udah, takmo saya kata-kata mengata diri saya sendirik..
ceh!

Saya pulak takmo sebab saya memang tak berapa nak suka jadi efficient! hahaha
(takk... yang paling sebenarnya adalah... 
beza RM600 tu boleh dimanfaatkan untuk pelbagai guna kalau di 'bakeri' saya..) ^_^

Cukuplah dengan yg itu, itupun sudah sangat canggih buat saya.

Alhamdulillah.

Saya suka, 
senyum simpul tido malam, buat kerja, gi toilet, buat kek, marah anak..
semuanya senyuuuumm je! Simpul-simpul lagi..

Sunday, October 28, 2012

Eid Adha 2012

Salam Aidil Adha, everybody!



"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)


p/s: very the colourful kan kitorang? saya sensorang je suci - pakai warna putih, iklan fab buku..*wink*
(yg benornyer, baju warna-warni yg saya belikan untuk anak2 tu, takde saiz saya.. ok) ngehngehngeh


Thursday, October 18, 2012

Kisah New Maid Pulak

Ni nak cerita sikit. Ini cerita kami. Sila baca dengan aman sentosa, dan akhiri dengan senyum tawa. :o)

Ahad, 14 Oktober 2012

Jam 5.30 petang. Tetiba je.. dapat call, berita gembira! New maids coming (tapi saya perlukan sorang je). Tren pukul 1.00 pagi dari Gemas.

Isnin, 15 Oktober 2012

Diaorang sampai JB pukul 5.30 pagi. Kami picked up di JB Sentral jam 8.00 pagi. Ada 2 orang (adik beradik) + 1 lelaki (husband the younger sister). Balik ke rumah. This time, I really just need one only. I prefer to take the elder sister, 40 tahun - sangat muslimah.

6.30 petang
Hantar husband the younger sister balik ke Gemas di Kulaijaya Railway station. Both maids tinggal, the younger sister was referred to my friend. She came to persuade the new maid to work with her. She offered her RM700++ gaji per month. The new (younger sister) maid refused and insisted to work with me instead, with reason, 'takut tidur sorang'. Bolllleeeehhhh? Then, both back to my house. But, I still need only one. I chose the elder one.

Selasa, 16 Oktober 2012 - Morning

Normal, my maid (40 years old muslimah) so rajin, clean in out house, sidai baju and everything lah. The sister, quite stuck-up, let only the elder sister worked unless was seen just-sit by me then only got up and do some light house chores.

10.30 pagi
I said to the younger sister to get ready to pack her thing as I gotta send her back in the afternoon (by bus) to Gemas to be with her husband as there's no need for her to be in my house, at the same time she didnt want to work with other majikan.Ye lah, no point having her in the house pun.

11.00 pagi
My maid suddenly said, ada masalah. Her husband (pulak) called and said that if her sister gotta go back, then she gotta go back also. (Sinetron started.. hehehe). Then I have no objection, because the Husband said, karang I pulak yang berdosa kan.. Lagipun, permit pun belum diaturkan apa2, cuma borang je yang dah diambil kat Imigresen hari semalamnya.

1.45 petang
Berangkut lagi beg besar yang semalamnya sampai tu, semula ke dalam kereta dan bergegaslah kami ke stesen bas nak beli tiket diaorang balik ke Gemas. Cam hindustan pun ada. My maid nangis, mohon maaf.

2.30 petang
Sampai je bas station, teterus je dapat bas kan.. (biasa la, cerita Indonesia, banyak 'tiba-tiba, suddenly, teterus je' segala..). Then off they go.

Rabu, 17 Oktober 2012

Tetiba, pepagi2 lagi saya dah dapat call, ooohhh.. bahagianya, sebab.. bibik baru saya called kata, dia sudah dapat izin untuk bekerja bersama saya. Tengahari itu dia akan siap2 dan naik bas dari Gemas ke JB, akan di telefon beritahu bas / tren nya gerak pukul berapa agar nanti saya akan harus pick up dia cepat kerana dia akan sendiri2 aja di stesen. Oh, hati berbunga ria.

Tapi.. sampai pukul 1.00 pagi, takde berita.  Boleh..?

Khamis, 18 Oktober 2012
Pagi
Dapat call, hujan lebat semalamnya (tetiba agaknya), jadi tak boleh bertolak. (Saya layan je, hati dah mula rasa being played to be put a role in their sinetron again). Jadi, hari khamis tu juga akan bertolak kerana memang mahu kerja sama saya (saya cakap pun dah ikut diaorang), tunggu berita tentang bas atau tren, untuk pick up anytime lah. Hati berbunga, takde bunga. hehehe

Petang
No show.

Malam
Dapat call dari suami dia (my bibik), mohon maaf sebab tak dapat hantar bibik saya (wife dia) bekerja dengan saya kerana anaknya yang no 2 yang berada di Indonesia mahu dioperasi (tetiba la) kerana ada (tetiba la juga) kanker lambong! (oittt, apa tu?) Jadi, dia satu keluarga harus pulang lagi ke Indonesia ESOK juga (Jumaat, 19 Oktober 2012).

BOLLLLEEEEEHHHHH?

Seriously, gila la semua ni. Boleh sesemua ni jadi cam-cam tu je kan.. jap tu, jap ni, jap tu, jap ni.. duyai. Cemana tu..

OK, hari ni lah hari Jumaat, 18 Oktober, pepagi lagi saya dah tulis. Sebelum tidur malam tadi saya tergelak je 'layan'kan kelakar diaorang ni. (Gelak, gelak gak.. duit dah beratus abis.. just for the 'ying-yang' tau..) Seriously, they are full with sinetron, kan? Apa-apa sahaja lah kan?

Senyum je lah. :o)

Tentu ada sesuatu yang baik sedang Allah aturkan, Insya Allah. Amin.
 

Tuesday, October 16, 2012

All by Myself..

.. but I am happy. 
Insya Allah, Alhamdulillah.


Mana la ada masa nak update-update blog.
Sensorang jek kita siapkan semua benda tau.
*ayat mintak belas - hehehe

Ciannn kita kan..
Ya Allah, Kau permudahkanlah setiap urusanku.

 Bukan buat setingkat loyang tau, ada yang 2/3 tingkat sekali untuk sesatu jenis kek tu
(Terima kasih Allah, kerana telah mempermudahkan banyak perkara.. Alhamdulillah)



Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur dan redha dengan 
apa jua ketentuan Allah kepada saya dan keluarga

sebab, saya selalu berpegang pada Allah is the Author of our life book 
dan sebenarnya tiada doa yang tidak dimakbulkan Allah 
(yg ni saya dengar ustaz cakap and I believe it). 
Cuma direct or indirect to us, sebab Allah Maha Mengetahui.

Tu yang keluar pasal hujan, petir, pelangi tu.
(Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. 
Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, 
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah)
 Suweetnya.. Insya Allah, kan?

Kadang2 kita mintak A, Allah bagi A.
Pastu kita doa mintak B, Allah tak bagi masa-masa tu jugak.
Ada ketika, Allah bagi C, iaitu jalan ke B. 

 Contoh :
Doa nak isteri yang baik, boleh jaga makan-minum, sakit pening.
Keluar rumah, kat jalan tetiba kena rempuh ngan minah rempit.
Patah tangan, luka sana-sini.
Minah rempit marah2 dan terpaksalah juga berkenalan.
Pastu teringat doa, Ya Allah, aku baru mintak isteri baik-baik, 
yg boleh jaga makan pakai, sakit pening.
Yg ni minah rempit, bukan ini yang aku mintak.
Patah tangan, gi hospital. Rupanya Allah nak bagi bakal isteri yang baik, boleh jaga sakit pening.
Tu, jururawat yang bersihkan luka, jaga makan-minum, pastu terjatuh cinta dan seterusnya...

Allah lah yang Maha Mengetahui kan?
Jadi, la tahzan - jangan bersedih.. (ni cakap kat diri sendiri ni)

Redha, is the best word. Allah knows the best for us.

Kalau tak sebab takde maid(s), saya tak dapat chiller.
*wink*

Alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih Hubiby.

Ruang saya yang lebih tenang. Joget sensorang.
hehehe

 

Thursday, October 4, 2012

Syukur Ya Allah

Ada sesuatu yang menggembirakan hati saya, Alhamdulillah

Semoga jodoh sampai ke syurga.. Insya Allah Amin


Dari saya dan keluarga saya, sebagai tanda kenangan dan kesyukuran


Alhamdulillah.

Nanti saya snap gambar kad undangannya, 
then baru you all tahu siapakah gerangan pengantin baru ni..

Ah suuweetnya... :o)

***
(edit selepas sebulan entry ni)
p/s: ini bebetul janji palsu, ntah kat mana ntah kad undangannya, sampai sudah tak dapat nak keluarkan. ok lah, saya beritahu sahaja, pengantinnya adalah Raja Saharudin & Suhailah Alhamsah. :o)


Gituuuu....


Boleeeeehhhh?

Sesuka hati jek kan...


Tuesday, September 25, 2012

Surat Terbuka untuk Orang Gaji Kami Yang Telah Lari Itu

Pembantu rumah dari Indonesia sekarang pandai FB, pandai Internet, pandai segala-gala, menipu apatah lagi. Berdrama - itu memang sangat terror. Satu ketika menangis macam dunia dah punah ranah, 15 minit kemudian boleh tergelak ketawa macam hantu, terlupa yang tadi tu menangis macam nak pengsan. Gila!

Jadi, bila kamu-kamu itu sudah pandai komputer-an, MAKA BACA YANG INI, jangan kamu pandai-pandai mintak orang kampung kamu di Indonesia sana telefon kami di sini tentang baki gaji kamu. Lupakah kamu hampir setiap bulan sekali atau setiap 2 bulan sekali, kamu hantar ke kampung melalui Western Union? Lupakah kamu bahawa kami masih lagi belum potong lagi uang-uang proses kamu ke sini dahulu? Lupakah kamu bahawa kamilah yang membelikan kamu macam-macam perkara sehinggakan urusan menstrual kamu pun kami yang sara, dan kami masih lagi tidak berkira apa-apa? Lupakah kamu bahawa muka kamu yang cantik, cerah dan mulus itu, siapa yang membelikan set penjagaan muka kamu? Oh ya, lupakah kamu bahawa kami selalu membelikan kamu top-up untuk kamu terus bertanya-khabar sama pacar-pacar kamu? Lupakah kamu berapa barang-barang kami yang telah kamu rosakkan dan kami tidak pernah berkira tentang itu? Lupakah kamu siapa yang membelikan telefon bimbit ibu kamu yang bermajikankan orang lain itu semata-mata untuk kamu berhubungan dan tidak merasa keseorangan? Lupakah kamu setiap perjalanan kamu yang kami bawa untuk bertemu ibu kamu mengambil masa yang berjam-jam dan perjalanan itu sendiri bukan percuma? Lupakah kamu tentang bermacam-macam lagi perkara baik yang telah berlaku di kalangan kita? Lupakah kamu bahawa kamu sendiri yang melangkah kaki keluar dan meninggalkan kami secara tiba-tiba?  Dan, yang paling hebat sekali, lupakah kamu sebab-sebab kamu melarikan diri? Bukankah kerana Allah telah menunjukkan perkara sebenarnya, kamu yang satu sedang melakukan perkara sumbang dengan kontrak elektrik kami dan telah disaksikan oleh kami dan kamu yang satu lagi, bersubahat atas setiap perbuatan kamu yang satu itu ketika kami berurusan di luar kawasan? Kerana kedua-duanya ketakutan atas apa yang bakal kami ketahui lagi malamnya, pagi keesokannya kamu berdua menghilangkan diri? Lupakah kamu bahawa kamu sendiri yang melangkah keluar atas sebab-sebab kejahatan dan kebodohan diri kamu sendiri?

Maka lupakanlah semua itu... kamu memang tergolong di dalam golongan orang-orang yang zalim.

Kami amat tidak suka mengungkit. Allah pun tidak menyukai orang yang mengungkit dan berasa diri hebat. Maafkan kami Ya Allah.

Hari ini kamu mohon orang kampung kamu telefon kami membayar gaji kamu, kerana kamu sudahpun membaca mengenai perkara kamu yang ditulis di internet. Baiklah, kamu memang orang yang bukan bodoh. Bukan anak polos sebenarnya. 

Adakah kalau kami mengira-ngira dan ternyata akhirnya kamu yang berhutang dengan kami, orang kampung kamu itu mahu membayar kami 'hutang' kamu?

Mengapa telefon ke kampung dan menceritakan yang tidak benar, seperti kamulah yang muslimah, kamulah orang baik-baik, kamulah orang suci, kamulah yang teraniaya? Adakah kamu mohon agar orang kampung kamu melihat kamilah yang aniaya kamu. Demi Allah, kamu yang pergi. Demi Allah, kami tidak pernah berniat untuk tidak membayar gaji kamu. Demi Allah, kami sangat menghargai usaha dan bantuan kamu. Lantas, kenapa kamu pergi? Kamu yang mengikut hati, hari ini kamu menyatakan sebaliknya. 

Berhentilah dari berkata-kata yang tidak benar.  Rumah kami punya CCTV. Kami boleh buka 'aib' kamu kalau kami mahu. Lagi pula, Allah Maha Mengetahui. Ingatlah. Lepas di dunia, kamu tidak akan terlepas di akhirat.

Saya benci menulis semua ini, tetapi saya masih perlu menulis, jika itu yang boleh menyampaikan mesej kepada pembantu-pembantu rumah kami  tak pernah kami anggap pembantu @ orang gaji yang telah sama bersekongkol dan lari dari rumah kami sebulan yang lepas.

Kerana kamu orang bijak yang tahu internet, tahu Facebook, maka di sinilah kita berjumpa dan sampai-menyampaikan. 

Lagi satu, di Facebook - saya tidak pernah menulis apa-apa tentang kamu wahai pembantu Indonesia. Kerana, teman-teman FB saya ada yang dari sana, dan saya tidak mahu mengundang komen-komen yang tidak baik mengenai kamu warga Indonesia yang akan dibaca oleh teman-teman Indonesia saya yang baik-baik. Saya masih mahu menjaga keharmonian dua negara. Yang jahat, bukan negara kamu. Tetapi kamu dan kamu. Dan, teruskanlah perjuangan tanpa izin kamu di tanah kami. Jika kamu baik, tentulah Allah menjaga kamu. Jika tidak, tunggulah.. masanya akan tiba jua.


Just a recap ... Another link pasal maid - awal dulu :  http://elmaisyirah.blogspot.com/2011/02/geram.html


Saturday, September 22, 2012

Tetap Mahu Juga

Ku syukuri nikmatMu ya Allah
Tetapi aku tetap juga mahu menangis... 



Wednesday, September 19, 2012

Kek Oren yang Moist dan Simple


Sesiapa yang malas nak keluarkan mixer tapi masih ada hati nak buat kek, kami ada jalan penyelesaiannya..

jeng, jeng, jeng

Kek yang sangat sempoi tapi sedap macam kek yang kena susah payah nak buat..

Resepi asas :

2 cawan tepung gandum

1 cawan minyak
1 cawan gula
1 sudu besar baking powder
2 biji telur
sedikit garam

Perasa : ikut suka, kalau ada buah oren sunkist yang ala-ala tertinggal paling last sebiji dua yang bakal menjadi masam dan merana, baik dijadikan kek..

Sodap!!



Cara-caranya cam ni :

Ambik jug blender.
Yes, blender jek.

Panaskan oven 170C.

Masukkan semua bahan2 tu, oren tadi, potongkan tengah, buang empulur dia yg warna putih tu, kalau ada biji, buang biji

Pastu potong kecil2, masukkan dalam blender bersama2 dengan bahan2 yang disebutkan di atas tadi.

Blend je.

Bila dah agak sebati, masukkan dalam loyang yang dah digriskan.

Pastu bakar pada 170C selama 40 minit.

Siap!


Lembut, wangi, moist, sedaaaaap!!

Alhamdulillah.

Sangat mudah.

Try ler, jangan tak try.





Wednesday, September 12, 2012

Rumah Kita, Jannah Kita

Saya masih lagi nak berkata tentang maid-maid saya yang dah lari tu.
Masih geram. Masih lagi rasa dizalimi.

Syukurlah, tanpa mereka, saya mampu menguruskan semuanya sendiri. Insya Allah.
Sesekali Mak dan rakan datang membantu saya dengan kerja baking saya, jika banyak tempahan.
Alhamdulillah, still can manage.


Baking area saya selepas pemergian pembantu saya, lebih clear. :oP


Dan saya rasa saya tidak lagi perlukan maid buat masa ini.
Lagilah dari negara itu.
Being with them is like being in their sinetron.
Penuh adegan.


Setakat housekeeping, we think we can do it ourselves, together.
Insya Allah.
Me coping up myself with laundry and house chores.



Cooking - my department eversince. 
So, takde terkejut-badak. :o)






Biarlah kami aman sentosa tanpa-nya, atau tanpa mereka.

Ada dua, serupa ada satu.
Ada satu, serupa tak ada.

Dah daripada tak ada, biarlah tak ada.

Rumah kita, syurga kita.
Takde time limit, takde obligation apa-apa.
Nak buat, buat. Taknak buat, biar je.

Kan...?

*geram tapi lega banyak*

Seriously, rasa lega.
Alhamdulillah.

Farewell, Sweet

11 Sept 2012 - Another ITM friend leaving us today, Mona Mansor. Sad. I love her. 






Wahai Allah, ampunilah Mona, naikkanlah darjatnya di antara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya. Amin. Her truth BFF, Tuty, Nina, Ila, Maizura - semoga tabah, my pray always be with all of you. *hugs*



Sunday, September 9, 2012

Serik

Terasa serik punya lagi pembantu rumah.
Bila banyak tempahan, terasa lelah sendiri.
Jauh di sudut hati, ada ketika rasa amat lega.
Masa mengemas, selongkar semua kabinet dan almari.
Geram sendiri.
Tak rupa macam punya 2 pembantu rumah.
Selalu fikir ada hikmahnya kenapa mereka lari.
Kami tak perlu simpan orang yang penuh rahsia suka duka.
Keluar malam sampai dinihari, yang satu perlu simpan semua rahsia.
Malam LailatulQadar, tuan rumah keluar berqiam, pembantu rumah keluar juga, tentulah bukan solat malam.
Satu ketika, mata terserempak sumbang satu dari mereka.
Dari situlah semuanya terbuka.
Esok paginya, hilang sekali dua-dua.
Yang satu tentulah dipaksa.
Wallahua'lam, kami terima walau agak berduka.
Kasihan yang satu itu, hati agak lembut dan mungkin tidak sampai hati.
Namun yang lagi satu mungkin lebih menguasai.
Tinggallah kami, cuba memahami situasi.

Berlalu 2 minggu, seperti tiada yang kembali.
Perasaan dirawat agar tidak rasa dilukai.
Cuma ada ketika kami merasa dizalimi.

Allah Maha Mengetahui.
Baik niat kamu-kamu, baiklah yang kamu-kamu dapat.

Sejauh mana tupai seberang berlari bebas di tanah ini, terserah.
Baik niat kamu-kamu, baiklah yang kamu-kamu dapat.

This is the Story

It has been almost 2 weeks since they left our house


Yes, they were happy when they were with us



We arranged her to meet her mom in Seremban every month


We pray together


I can say nothing from us that made them ran away.
Gaji? Hampir setiap 2 bulan sekali, 2-2 hantar kat kampung thru Western Union.

But, they ran away. Reason?
Boyfriends.

Full of sinetron, eh?

We have cancelled all their working permits, and have made police reports indeed.
They are illegally immigrants in our country now.
Never thought the ending is this upsetting.

Too bad, eh?

But I know, it's all fated.
We accept the fact they are now gone, it was their own choice.

End.

That's what bond us all as a family member now.
We do our house chores together.

Alhamdulillah.