Tuesday, August 28, 2012

Itu Suatu Hikmah, Insya Allah

Suatu dugaan berlaku ke atas keluarga kami hari ini, subuh ini.
Saya tenang.
Saya pasti ada hikmah di sebalik kejadian.
Tentulah semuanya telah tertulis di dalam buku hidup saya.
Dan sudah tentulah ianya sebaik-baik perancangan oleh Allah.
Saya harus melihat dengan mata hati.
Yang pergi biarlah pergi.
Fikiran singkat atau ketakutan sendiri pastinya makan diri.
Yang pasti, bukan kami yang aniayai.
Yang benar, tetap benar, Allah Yang Maha Besar
Pada sesiapa yang menganiaya, pasti ada balasannya.
Bukan dari kita manusia, tapi dari Yang Maha Esa.
Kami pasrah kerana tiada apa yang perlu kami takuti.
Yang pasti mereka itu yang akan menyesali.
Kenalan singkat sangka cinta hingga ke mati menjerat diri.
Selamatkan mereka-mereka Ya Allah dari manusia busuk hati.
Kami tetap di sini.
Berdikari.

Bersyukur saat diuji.
Allah Maha Mengetahui.
Doakan kami.

Subhanallah, Astaghfirullah, Allahuakbar.

"Robbi inni audzubika an as alaka maa laisalli bihi ilmun wa illam tagfirli watarhamni akum minal khosirin" (surat Hud; 47) :

"Ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya, dan sekiranya tidak Engkau ampuni dan belas kasihan nescaya aku termasuk orang–orang yang merugi"
Amin. ~ Doa Nabi Nuh AS




Monday, August 27, 2012

Belated Birthday Insyirah

Happy 11th Birthday Darling Insyirah!

(Birthday dia 17 August, celebrate 23 August - lepas raya)

Ni pun ada 'peristiwa'.
Dia (Insyirah) complained dalam FB dia, 'Tak best birthday dia (Insyirah) tahun ni'

Ayah terbaca.
Ibu baca.
Duyai.
Kesiannya anak.

Ye lah, bulan puasa, pastu pulak dia kat asrama.
Mestilah celebrate masa bukan bulan puasa, dan ketika dia dah balik rumah kan.

So, event ni adalah belated punya.



Lepas habis celebrate tu, kitorang pesan kat dia, 
"Dik, pas ni jangan post kat FB lagi eh.." 

hehehe..

Sangat powerful FB ni tau.
Kuasa 'menggerakkan'.

hahaha


Lantern Time!

Ada sesuatu yang menggelikan hati ketika ni.
Sakit perut saya gelak.

Mana taknya, jiran kami ramai yang bangsa Cina.
Tapi tak nampak pun diorang sibuk pasang lantern.
Tapi kitorang pulak beriye.



Mula keluar pintu pagar, anak-anak dara saya dah malu-malu dah.
Tapi disebabkan Ayah dah beriye-iye belikan sorang satu dan 
pasangkan 'pancang' untuk sangkut tanglong tu, siap dengan bakarkan sekali,
'terpaksa' la anak-anak tu pegang dan berarak bawak sorang satu.

Ayah nak diaorang berarak dari satu jalan ke satu jalan yang lain.

Pada diaorang, 'kitorang kan dah besar, malu la Ibu, orang Cina pun tak bawak tanglong tau'
Ngeh, ngeh, ngeh.
Saya jawab, "Ayah dah siapkan untuk sorang satu tau, kesian kat Ayah"
*tapi saya jugak yang gelak cam nak rak

So, mula la berarak.
Muka kelat, sipu-sipu tapi enjoy family time together.
Si Abang-Abang pulak, bawak kayu, sebab kawasan rumah kami banyak anjing.
Protector. 
(selamat takyah bawak tanglong!) hahaha
(Ibu pun selamat, sebab Ibu bawak kamera - ada alasan untuk tak bawak tanglong!) 
ngeh ngeh ngeh

Yang kelakar tu, setiap kali nampak lampu kereta menghala ke arah kami je,
masing-masing bergegas nak ke tepi-tepi jalan, sembunyi belakang membelakangi.
Malu.
Masa tu saya memang gelak cam nak rak.

Anak-anak pulak berlumba-lumba nak bagi saya pegang tanglong tu.
Issskkhh.. takmo Ibu, malu aaah!!

Sampai lorong ke arah rumah kami, cecepat diaorang berarak agar sampai cepat ke rumah semula.
Aduyai.. sangat cute!

Ada sorang tu siap pesan, 
tahun depan, kitorang lagi besar dari sekarang tau, lantern ni untuk bebudak kecik jek ok..

hahaha..



Thursday, August 23, 2012

Rindu Baitullah


Untuk yang kesekian kalinya, semalam saya buat call lagi ke Tabung Haji, bahagian Rayuan Mengerjakan Haji. Jika sebelum Syawal, jawapan mereka begini, "Puan, rayuan puan masih lagi dalam peringkat pertimbangan, sekiranya ada apa-apa, pihak Tabung Haji akan berhubung dengan puan..". Kali ini, jawapan mereka, "Telah kami semak, dan kami dapati bahawa permohonan puan untuk mengerjakan haji pada tahun ini adalah tidak berjaya."

Dua tahun merayu, masih belum diizinkan saya menunaikan Rukun Islam ke-5 itu.

Walau sedikit kecewa, saya betulkan perasaan semula. Saya beritahu diri untuk redha. Walau di hati kecil, saya rasa seperti saya telah mempersiapkan diri. Namun, detik itu telah membuatkan saya merenung semula, masih belum cukup, wahai diri. Saya redha. Akan saya tingkatkan usaha, Insya Allah.

Namun, dalam hati masih berharap kalau-kalau ada keajaiban berlaku. Izin Allah, tiada yang mampu menidakkan. Andai tidak juga, saya tetap redha. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, apa yang berlaku kemudian. Allah sedang mengaturkan yang terbaik, Insya Allah.



Wednesday, August 22, 2012

Raya 2012 / 1433H

Salam Aidilfitri 1433H

Mohon Maaf Zahir dan Batin




Setiap kali Aidilfitri, ada sesuatu yang tidak mampu kami ungkaikan dengan kata-kata.

Selalu kami siapkan jiwa yang redha, Insya Allah

Tabarakallah ha waminkum minal faizin







Saturday, August 11, 2012

Ramadhan yang Hampir Pergi

Ramadhan hampir pergi, saya akan merindui saat-saat seperti ini lagi


 


Ramadhan pasti pergi.

Selepas ini, tiada lagi gandaan pahala ibadat dengan 
gandaan 70 kali ganda bagi setiap amalan sunat. 
Selepas ini amalan diganda mengikut kadar biasa.

Tetapi masih ada tersisa 10 malam terakhir Ramadhan, ada hadiah yang Allah sediakan.
Malam Lailatul Qadar, pahala dilipat-gandakan hingga 1000 bulan.

Apa jua ibadat yang dilakukan ketika itu samada 
bertasbih, sembahyang sunat, membaca quran bahkan 
berfikir tentang kebesaran Allah juga digandakan 1,000 bulan atau 84 tahun. 

Tangisilah pemergian Ramadhan yang akan pergi meninggalkan kita 
di saat kita cuba untuk rapat dengannya dan 
dapatkanlah hadiah Lailatul Qadar sebelum ia berlalu pergi.

Semoga kita semua mendapat Lailatul Qadar, Amin.. Amin.. Amin Ya Allah..


Ada tips yang mungkin berguna, 
jika terlepas malam yang dikira itu ketika kawan-kawan terbacakan ini, 
masih belum terlambat.. Allah sentiasa ada bersama kita.. 
semoga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, Insya Allah



Wallahua'lam

Sharing : Menghidupkan Qiamul-Lail (Solat Malam)

Promotion!  
Allah turun ke langit dunia pada ketika tersisa sepertiga malam yang terakhir! 

Allah berfirman, Sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan. Sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku berikan. Sesiapa yang memohon ampunan kepadaKu nescaya Aku ampunkan. Demikianlah seterusnya hingga terbit fajar[sumber Mutaffaqun 'Alaihi. Al-Bukhari (no 145) dan Muslim (no 758)]

Amacam? Ala-ala Jusco Membership Day la lebih kurang.. banyak discount, berpusu-pusu orang pergi, kereta sampai takleh nak dapat parking yang dedekat kalau tak gi sejam awal tunggu pintu pagar Jusco tu boleh dibukak.. hehehe.. kannnn.. (saya la tuh!)

Yg ni dah lama promotion dah, sharing here kalau-kalau dapat mengingatkan kembali perkara2 yang kita hampir terlupa atau sengaja lupakan.. (saya la tuh.. ) :o)

Dipetik dari buku Menghidupkan Qiamul-Lail (Solat Malam) Menurut Sunnah Rasulullah oleh Ustaz Rasul bin Dahri (www.rasuldahri.com);

"Dianjurkan agar mengejutkan isteri (keluarga) untuk solat malam sebagaimana sabda Rasulullah; Allah merahmati seseorang suami bangun malam untuk solat, kemudian ia mengejutkan (membangunkan) isterinya sehingga solat bersama.  Jika isteri enggan bangun, ia merenjiskan air ke wajah isterinya. Dan semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun lalu solat, kemudia ia mengejutkan suaminya sehingga ia solat. Jika suaminya enggan bangun, maka ia merenjiskan air ke wajah suaminya."



Tiada yang susah melainkan kita menganggapnya susah hanya kerana bisikan syaitan yang mahukan kita lalai dan kita terpengaruh dengannya.  Nasihat untuk diri sendiri, lawanlah.. kerana ada kemanisan dan rasa sangat penuh dengan kebahagiaan di situ.

Nasihat kepada diri sendiri juga, mulakan solat malam dengan solat yang ringan (dua rakaat) kerana Rasulullah sendiri memulakannya begitu. Dan, selalulah berniat untuk solat malam sebelum tidur kerana sabda Rasulullah, kalaupun tertidur dan tidak bangun tetapi telahpun berniat untuk bangun solat malam, Allah tetap mencatit bagi kita pahala solat malam, dan tidur kita menjadi sedekah atas kita ~ (hadis sahih). Masya Allah, banyak betul compromise yang Allah berikan. Mahu dan tidak mahu sahaja, kan? 

Jika tidak mahu mengganggu jadual seharian (takut mengantuk ketika bekerja), mulakan praktis bangun awal pukul 5.00 pagi, solat 2 rakaat x 5 kali + 1 witir (Rasulullah pun buat 11 rakat sahaja setiap malam - berdoalah memohon kebaikan dunia akhirat kerana Rabb kita sangat dekat dengan kita ketika itu, Insya Allah). Untuk permulaan, 1/2 jam dah selesai qiam, tunggu masuk waktu subuh before 6.00 am, pastu terus solat Subuh. Kalau rasa mengantuk lagi, tidur sekejap, jam 6.45pagi, bangun la semula untuk bersiap2 ke tempat kerja. Rasanya ample kan masa tu. Mulakan lah. Sebab, kalau kita tak bermula hari ini, kita takkan bermula untuk esok pun dan selama-lamanya juga. Mohon Allah mudahkan, Insya Allah. Yang penting, niat dalam hati, MAHU. Percayalah, the moment you feel the serenity, that's the moment you fall in love with qiam and you want to do more and more, Insya Allah. But, afterall, start with yang paling mudah dahulu. Mohonlah keampunan Allah - Astaghfirullah..



Wahai Allah, jadikanlah saya dan kami orang yang termasuk dalam golongan orang yang soleh yang ahli dan kekal mengerjakan sembahyang selama tetapnya langit dan bumi. Amin.. Amin.. Ya Rabbul Alamin.


Monday, August 6, 2012

Resepi Nagasari Pisang

Gambar lama baru nak update resepi.


Nagasari yang sedap, lemak manis masin

Duyai.
Rasa cam nak buat lagi.
Sebab, sedap.
Ye, sebab sedap. Dan saya suka.

Resepi dari Myresipi.
Terima kasih NisaMPB, panjang manfaatnya resepi ini.. Alhamdulillah

Bahan-bahan :

1 cawan tepung beras
5 cawan santan (kalau pakai santan kotak, 2 cawan santan, 3 cawan air)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
sedikit garam
5 biji pisang raja (pilih yg masak, untuk rasa pisang yang manis)
Daun pandan, disimpul
Daun pisang secukupnya


Cara-caranya :

Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan.
(Saya layukan kat dalam pengukus je, susun sebelah-sebelah.. 8 minit)
Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati
 Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat, ketepikan
Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan cam ni



Letak sepotong dua pisang 
(tips : jgn tiru pisang saya, saya salah pilih pisang tak berapa nak masak
so, tak manis dan tak lembut)

dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.




Bungkus dengan lipatan kiri dan kanan
 Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 min.



Pastu dah siap.
Sedia dihidangkan.

Verdict : Rasa yang sedap, lemak, masin, manis - sedaplah, pendek kata.


Resepi Kurma Ayam / Daging Sedap


Let me share resepi Kurma Ayam / Daging yang sedap.
Acewah. 
Bukanlah naik lif tekan sendiri.
Tapi berdasarkan pengalaman yang dah berapa kali masak tak dapat pujian pung.
(hehehe.. bukan nak orang puji, 
tapi nakkan keberkatan makanan tu.. Insya Allah)
But this time, dapat pujian, dari tetamu berbuka yang pandai masak dan dia tambah berkali-kali!
Alhamdulillah - saya taknak hilang resepi ni!

Jadi, di-sharekan kat sini untuk kawan-kawan juga, dan supaya saya pun tak terlupa.

Cam ni :

Ayam / Daging / Daging Kambing
Rempah Tumis 
(saya selalu suka guna kulit kayu manis & bunga lawang je)
Bawang putih + bawang merah (blend 1) cara express saya tersiar di entry dulu-dulu
Halia + lengkuas + serai + kunyit + buah keras (blend 2)
5 sudu besar rempah kurma (saya guna jenama Faiza) + air untuk jadikan pes
Sekeping asam gelugor
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
Garam
*tips sedap : masukkan 2 sudu besar kacang tanah yg dah ditumbuk halus
Kentang - belah 4
cili hijau - belah 4 jangan putus
bawang besar - belah 4
bawang goreng untuk tabur2
daun sup + daun bawang untuk hiasan

Cara-cara :

Tumis campuran bawang2 + halia & kawan2 tadi sampai wangi
Campakkan perlahan (dah campak, suruh perlahan pulak) si rempah tumis tadi
Masukkan pes rempah kurma
Masukkan asam gelugor
Tumis sampai naik minyak - untuk lauk tahan lama (dari satu waktu makan ke waktu makan yg lain)
Masukkan ayam / daging, kecilkan api
Masukkan kentang
Masukkan cili hijau, bawang potong 4
Letak garam, perasa
Agak2 dah masak cik ayam atau cik daging tadi
Masukkan santan + tips sedap tadi tu, cik kacang tanah halus mulus
Kacau sebati, biarkan didih - api sederhana
Siap untuk dihidang, tabur dedaunan (pelik la pulak bunyinya) tadi

Insya Allah - sodap!

Selamat mencuba kawan-kawan!

p/s: saya buat kurma ayam, tetamu saya ingat saya masak kurma kambing. :o)



Resepi Mango Royale


Trust me, this is heaven!

Simple pulak tu nak buat.
No bake.

Apa yang diperlukan?

3 biji buah mangga yang masak ranum 
(bukan mangga kunci tu ok?) ~ gurau melampau kan? ^_^

Biskut marie ke, biskut graham crackers ke, biskut munchy's music tu ke, 
biskut tiger ke (tak kisah, janji biskut, bukan tiger)

3sb melted butter
250ml whipping cream
80ml susu pekat manis

Dah.

Senang, kan?

Cara-cara:

  • Crushed biskut2 tu semua - agak2 jek.. kot nak hancur sangat pun boleh, tak pun takpe
  • Padatkan kat dalam bekas (transparent lebih baik)
  • Sudukan dengan merata butter yang cair tu ke atas crushed biskut tadi
  • (this is to padatkan dan give rasa crushed biskut tu lemak2 masin)
  • Then, potong mangga tu, letak dan ratakan atas crushed biskut tu.
  • Dah tu, blend whipping cream + susu pekat manis tadi tu. 
  • Curah je kat atas mangga tadi. Then, slice or dice mangga lagi untuk tabur kat lapisan atas


Pastu, freezekan.. sekurang2nya 2 jam atau 3 jam..
Then, dia akan frozen 
Keluarkan awal 15 minit sebelum dipotong dengan pisau butter


Then, serve!
Walla!!

p/s:  Mangga boleh ditukar juga kepada strawberry, kiwi, peach atau apa2 sahaja la.. 
durian pun sodap! :o)