Thursday, August 23, 2012

Rindu Baitullah


Untuk yang kesekian kalinya, semalam saya buat call lagi ke Tabung Haji, bahagian Rayuan Mengerjakan Haji. Jika sebelum Syawal, jawapan mereka begini, "Puan, rayuan puan masih lagi dalam peringkat pertimbangan, sekiranya ada apa-apa, pihak Tabung Haji akan berhubung dengan puan..". Kali ini, jawapan mereka, "Telah kami semak, dan kami dapati bahawa permohonan puan untuk mengerjakan haji pada tahun ini adalah tidak berjaya."

Dua tahun merayu, masih belum diizinkan saya menunaikan Rukun Islam ke-5 itu.

Walau sedikit kecewa, saya betulkan perasaan semula. Saya beritahu diri untuk redha. Walau di hati kecil, saya rasa seperti saya telah mempersiapkan diri. Namun, detik itu telah membuatkan saya merenung semula, masih belum cukup, wahai diri. Saya redha. Akan saya tingkatkan usaha, Insya Allah.

Namun, dalam hati masih berharap kalau-kalau ada keajaiban berlaku. Izin Allah, tiada yang mampu menidakkan. Andai tidak juga, saya tetap redha. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, apa yang berlaku kemudian. Allah sedang mengaturkan yang terbaik, Insya Allah.



No comments:

Post a Comment