Saturday, August 11, 2012

Sharing : Menghidupkan Qiamul-Lail (Solat Malam)

Promotion!  
Allah turun ke langit dunia pada ketika tersisa sepertiga malam yang terakhir! 

Allah berfirman, Sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan. Sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku berikan. Sesiapa yang memohon ampunan kepadaKu nescaya Aku ampunkan. Demikianlah seterusnya hingga terbit fajar[sumber Mutaffaqun 'Alaihi. Al-Bukhari (no 145) dan Muslim (no 758)]

Amacam? Ala-ala Jusco Membership Day la lebih kurang.. banyak discount, berpusu-pusu orang pergi, kereta sampai takleh nak dapat parking yang dedekat kalau tak gi sejam awal tunggu pintu pagar Jusco tu boleh dibukak.. hehehe.. kannnn.. (saya la tuh!)

Yg ni dah lama promotion dah, sharing here kalau-kalau dapat mengingatkan kembali perkara2 yang kita hampir terlupa atau sengaja lupakan.. (saya la tuh.. ) :o)

Dipetik dari buku Menghidupkan Qiamul-Lail (Solat Malam) Menurut Sunnah Rasulullah oleh Ustaz Rasul bin Dahri (www.rasuldahri.com);

"Dianjurkan agar mengejutkan isteri (keluarga) untuk solat malam sebagaimana sabda Rasulullah; Allah merahmati seseorang suami bangun malam untuk solat, kemudian ia mengejutkan (membangunkan) isterinya sehingga solat bersama.  Jika isteri enggan bangun, ia merenjiskan air ke wajah isterinya. Dan semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun lalu solat, kemudia ia mengejutkan suaminya sehingga ia solat. Jika suaminya enggan bangun, maka ia merenjiskan air ke wajah suaminya."



Tiada yang susah melainkan kita menganggapnya susah hanya kerana bisikan syaitan yang mahukan kita lalai dan kita terpengaruh dengannya.  Nasihat untuk diri sendiri, lawanlah.. kerana ada kemanisan dan rasa sangat penuh dengan kebahagiaan di situ.

Nasihat kepada diri sendiri juga, mulakan solat malam dengan solat yang ringan (dua rakaat) kerana Rasulullah sendiri memulakannya begitu. Dan, selalulah berniat untuk solat malam sebelum tidur kerana sabda Rasulullah, kalaupun tertidur dan tidak bangun tetapi telahpun berniat untuk bangun solat malam, Allah tetap mencatit bagi kita pahala solat malam, dan tidur kita menjadi sedekah atas kita ~ (hadis sahih). Masya Allah, banyak betul compromise yang Allah berikan. Mahu dan tidak mahu sahaja, kan? 

Jika tidak mahu mengganggu jadual seharian (takut mengantuk ketika bekerja), mulakan praktis bangun awal pukul 5.00 pagi, solat 2 rakaat x 5 kali + 1 witir (Rasulullah pun buat 11 rakat sahaja setiap malam - berdoalah memohon kebaikan dunia akhirat kerana Rabb kita sangat dekat dengan kita ketika itu, Insya Allah). Untuk permulaan, 1/2 jam dah selesai qiam, tunggu masuk waktu subuh before 6.00 am, pastu terus solat Subuh. Kalau rasa mengantuk lagi, tidur sekejap, jam 6.45pagi, bangun la semula untuk bersiap2 ke tempat kerja. Rasanya ample kan masa tu. Mulakan lah. Sebab, kalau kita tak bermula hari ini, kita takkan bermula untuk esok pun dan selama-lamanya juga. Mohon Allah mudahkan, Insya Allah. Yang penting, niat dalam hati, MAHU. Percayalah, the moment you feel the serenity, that's the moment you fall in love with qiam and you want to do more and more, Insya Allah. But, afterall, start with yang paling mudah dahulu. Mohonlah keampunan Allah - Astaghfirullah..



Wahai Allah, jadikanlah saya dan kami orang yang termasuk dalam golongan orang yang soleh yang ahli dan kekal mengerjakan sembahyang selama tetapnya langit dan bumi. Amin.. Amin.. Ya Rabbul Alamin.


No comments:

Post a Comment