Ramadhan hampir pergi, saya akan merindui saat-saat seperti ini lagi
Ramadhan pasti pergi.
Selepas ini, tiada lagi gandaan pahala ibadat dengan
gandaan 70 kali ganda bagi setiap amalan sunat.
Selepas ini amalan diganda mengikut kadar biasa.
Tetapi masih ada tersisa 10 malam terakhir Ramadhan, ada hadiah yang Allah sediakan.
Malam Lailatul Qadar, pahala dilipat-gandakan hingga 1000 bulan.
Apa jua ibadat yang dilakukan ketika itu samada
bertasbih, sembahyang sunat, membaca quran bahkan
berfikir tentang kebesaran Allah juga digandakan 1,000 bulan atau 84 tahun.
Tangisilah pemergian Ramadhan yang akan pergi meninggalkan kita
di saat kita cuba untuk rapat dengannya dan
dapatkanlah hadiah Lailatul Qadar sebelum ia berlalu pergi.
Semoga kita semua mendapat Lailatul Qadar, Amin.. Amin.. Amin Ya Allah..
Ada tips yang mungkin berguna,
jika terlepas malam yang dikira itu ketika kawan-kawan terbacakan ini,
masih belum terlambat.. Allah sentiasa ada bersama kita..
semoga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, Insya Allah
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment