Monday, August 6, 2012

Resepi Mango Royale


Trust me, this is heaven!

Simple pulak tu nak buat.
No bake.

Apa yang diperlukan?

3 biji buah mangga yang masak ranum 
(bukan mangga kunci tu ok?) ~ gurau melampau kan? ^_^

Biskut marie ke, biskut graham crackers ke, biskut munchy's music tu ke, 
biskut tiger ke (tak kisah, janji biskut, bukan tiger)

3sb melted butter
250ml whipping cream
80ml susu pekat manis

Dah.

Senang, kan?

Cara-cara:

  • Crushed biskut2 tu semua - agak2 jek.. kot nak hancur sangat pun boleh, tak pun takpe
  • Padatkan kat dalam bekas (transparent lebih baik)
  • Sudukan dengan merata butter yang cair tu ke atas crushed biskut tadi
  • (this is to padatkan dan give rasa crushed biskut tu lemak2 masin)
  • Then, potong mangga tu, letak dan ratakan atas crushed biskut tu.
  • Dah tu, blend whipping cream + susu pekat manis tadi tu. 
  • Curah je kat atas mangga tadi. Then, slice or dice mangga lagi untuk tabur kat lapisan atas


Pastu, freezekan.. sekurang2nya 2 jam atau 3 jam..
Then, dia akan frozen 
Keluarkan awal 15 minit sebelum dipotong dengan pisau butter


Then, serve!
Walla!!

p/s:  Mangga boleh ditukar juga kepada strawberry, kiwi, peach atau apa2 sahaja la.. 
durian pun sodap! :o)

1 comment:

  1. salam,
    nak carik resepi nagasari, terjumpa resepi nice and easy nihh.. berkenan sgt2.. tentu sedap..tp saya musykil ttg whipping cream,, nak guna yang mana satu,, non diary whip cream atau diary whip cream?? terima kasih...

    ReplyDelete